Lewat Dedah Laporan Audit Yayasan Selangor, Seperti Mahu Sembunyikan Sesuatu

Pergerakan Pemuda UMNO Selangor kesal dengan kelewatan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mendedahkan laporan audit Yayasan Selangor yang telah diterimanya Disember tahun lalu.

Ketua Pemuda UMNO Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal berkata, tindakan melewat-lewatkan mendedahkan laporan Audit Yayasan Selangor itu seperti ada perkara yang cuba disembunyikan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Saya kira tindakan tersebut seperti mahu sembunyikan fakta yang pastinya akan merugikan dari segi politik kepada kerajaan negeri pakatan PKR-DAP-PAS ini. Tindakan mendedahkan laporan ini selepas tiga bulan membuktikan beliau malu untuk menunjukkan kegagalannya hingga Yayasan Selangor kerugian bernilai RM7.41 juta di bawah urus tadbirnya.

Ketelusan yang beliau laung-laungkan selama ini dalam pentadbirannya sebenarnya tidak wujud. Hari ini, beliau harus berani menerima kecaman dari rakyat akibat dari kegagalan urus tadbir negerinya. Ini bukan satu jumlah yang sedikit, saya pun tidak tahu ke mana duit Yayasan yang ditinggalkan kerajaan BN sebelum ini pergi,” ujarnya mengulas laporan audit Yayasan Selangor.

Tambahnya, bagi Pemuda UMNO Selangor, mereka mahu menegakkan perkara yang benar dan tidak mahu sepanjang masa bermain politik.

“Ini kerana kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran PKR ini sentiasa mengutakaman politik hingga rakyat diketepikan. Sebab itu Yayasan Selangor mengalami kerugian. Mereka berpolitik lebih dari segala-galanya hingga terlupa tanggungjawab mereka untuk memperkasa bidang pendidikan di Selangor.

Buat pemimpin-pemimpin di dalam pakatan kelam-kabut ini, janganlah terlalu bermain dengan politik hinggakan masa depan pendidikan generasi akan datang tergadai begitu sahaja. Kalau ini berterusan, kita takut ramai anak Selangor tidak dapat melanjutkan pelajaran dan dalam masa yang sama, tidak dapat tempat di Universiti Selangor (Unisel), tambahnya lagi.

Sehubungan dengan itu, tan Sri Khalid Ibrahim perlu bertanggungjawab atas kelemahan dan kegagalan urus tadbir Yayasan Selangor. Satu badan yang sepatutnya berperanan besar dalam membantu pendidikan danm kebajikan rakyat Selangor, telah dipolitikkan hingga mengalami satu kerugian yang cukup besar pada hari ini.

“Inilah lambang dan gambaran sebenar pentadbiran tertinggi kerajaan negeri Selangor. Hakikatnya, rakyat Selangor telah tertipu dengan pakatan rakus ini,” ujarnya lagi.

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment