Ummi Hafilda Ganyang Anwar Di Kerdau

KUALA KRAU 5 MAC – Ummi Hafilda Ali yang pernah menggemparkan negara kerana mendedahkan salah laku Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1997 malam tadi “mengganyang” Ketua Pembangkang tersebut pada kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau.

Bertempat di Rumpun Makmur, Ummi yang merupakan adik kepada orang kanan Anwar, Azmin Ali mendedahkan satu persatu tingkah laku Ketua Umum PKR yang menjadi tokoh utama parti pembangkang hari ini.

Bermula dengan pendedahan skandal Anwar dengan kakak iparnya, Shamsidar Taharin, Ummi begitu bersemangat menelanjangkan Anwar yang dulunya terkenal dengan panggilan “pak syeikh” dalam soal rasuah, liwat dan penyalahgunaan kuasa ketika berada di puncak kuasa.

Ceramahnya yang bertentangan dengan ceramah parti pembangkang yang turut menampilkan Anwar dan kuncu-kuncunya lain sedikit pun tidak menggentarkan Ummi Hafilda yang terus menerus menelanjangkan satu persatu tindak tanduk Anwar.

Ketua Pembangkang yang tiba di pentas ceramah mereka kira-kira pukul 10 malam menaikkan lagi semangat Ummi apabila mencabar Anwar menafikan segala tuduhan dan dakwaan yang didedahkan oleh beliau.

“Saya cabar Anwar kalau berani samanlah saya atas segala dakwaan yang saya lontarkan ini. Saya mahu menyelamatkan negara daripada “pelacur” agama, bangsa dan negara demi kepentingan rakyat negara ini.

“Saya cabar Anwar kalau berani samanlah saya atas segala dakwaan yang saya lontarkan ini. Saya mahu menyelamatkan negara daripada “pelacur” agama, bangsa dan negara demi kepentingan rakyat negara ini.

“Ingatlah saudara…Anwar raja putar alam hanya tahu cakap dan retorik serta seorang pemimpin yang berselindung di sebalik ketokohan beliau hingga menjadi orang kesayangan Tun Dr Mahathir pada satu ketika dahulu.

“Namun kuasa Allah s.w.t mengatasi segala-segalanya apabila beliau akhirnya tersingkir daripada kerajaan dan parti pada 1998. Saya bersyukur kerana walaupun dihina, ditohmah dengan pelbagai kata-kata keji, saya berjaya menyelamatkan negara daripada raja putar alam,” katanya.

Ummi seterusnya berkongsi pengalaman bagaimana beliau menghadapi saat-saat getir apabila ditangkap setelah mendedahkan tingkah laku Timbalan Perdana Menteri pada 1997.

“Saya ditangkap seperti seorang penjenayah..Selepas itu saya ditekan, dimasukkan ke dalam lokap dan menerima pelbagai tekanan lain. Namun Alhamdulillah, dengan berkat doa dan kesabaran, hari ini saya bersama saudara dan saudari sekalian untuk berkongsi tingkah laku tokoh pembangkang itu,” katanya.

Beliau turut berceloteh bagaimana Anwar hari ini sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan kuasa dan seterusnya menjadi Perdana Menteri.

“Anwar pernah sebut anak Cina anak saya, anak India anak saya, anak Azmin anak saya..ops tersilap….,” katanya yang disambut gelak ketawa hadirin yang hadir.

Ketua pembangkang yang berceramah bertentangan denga Ummi seolah-olah tidak keruan apabila ceramahnya tidak seperti biasa dan penonton yang hadir pun dikatakan terkejut kerana Anwar tidak sepertimana kebiasaan beliau berceramah. -MediaUMNO

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. cuba google image, azwan ali ummi hafilda. tgk twitter azwan ali (selebriti) abg umi hahah.mcm2 dia maki ummi dah kantoi reka cerita.adik bdik ummi pon xsuka ummi sbnrnya sbb snggup buat mcmni krn wang ringgit

Post a Comment