Ummi Nak BALUN Anwar Ibrahim Malam Nie .....

“Nak kata bersama dalam istilah bersama macam orang lain, nak duduk berborak, duduk semeja, tak mungkin berlaku selagi Azmin tidak balik ke pangkal jalan. Bukan saya, siapalah saya untuk buang dia. Dia masih darah daging saya,” ujar Ummi Hafilda Ali, adik kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Ujarnya, apa salahnya kalau Azmin bertaubat, kembali ke pangkal jalan selain mengakui kesilapannya selama ini, banyak membuat fitnah bukan sahaja kepada Ummi, malah kepada Tun Mahathir dan ramai lagi.

Namun kalau dia mengakui dan meminta maaf kepadanya dan kepada seluruh rakyat Malaysia atas kesilapannya selama ini, Ummi tidak akan berceramah sehingga ke satu Malaysia untuk mendedahkan siapa Azmin, Anwar dan parti PKR sebenarnya.

“Kerana rahsia Azmin, Anwar, mereka berempat bersama Shamsidar dan Wan Azizah. Banyak rahsia yang mereka kongsi bersama dan kalau salah satu berpecah, sukar. Jadi nak tak nak mereka kena bersatu dan tetap bersama, khususnya yang melibatkan skandal.

Terus terang saya katakan, skandal seks dan imbuhan duit. Saya berani sebut, skandal seks dan imbuhan duit jutaan tinggit,” ujarnya dalam sidang media di Pusat Operasi BN petang tadi.

Dalam masa yang sama, Ummi akan berceramah di Kg Sekoh, Rumpun Makmur malam ini berhampiran dengan Ceramah Umum Pas yang bakal menyaksikan Anwar Ibrahim turun kali pertama di PRK Kerdau.

“Saya memang menanti, pucuk dicita ulam mendatang. Tapi jangan pula ada yang salah taksir, ada pula kata-kata yang Ummi yang gila kat Anwar. Memang saya nantikan kerana dalam blog saya, saya dah lanyak dia secara maksimum, tapi saya hairan kenapa dia panggil saya nyamuk.

Dalam mahkamah pun saya panggil dia ‘anjing Anwar Ibrahim’ depan hakim. Saya rasa dia gerun dengan saya sebab saya banyak simpan rahsia dia,” ujarnya mengulas ceramahnya malam ini yang berhadapan dengan ceramah Anwar di Rumpun Makmur.

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment