Video `Lelaki Y' - Yang Sedap Orang Lain, Nape UMNO Yang Dituduh?

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak membidas mana-mana pihak yang membuat tuduhan terhadap UMNO berkaitan isu rakaman video yang dikatakan melibatkan pemimpin pakatan pembangkang.

Katanya, UMNO langsung tidak terlibat dalam hal terbabit malahan turut ingin tahu kebenaran dan kesahihan membabitkan perkara tersebut.

“Soalnya kenapa UMNO yang mahu dipersalahkan sedangkan perkara sebenarnya ialah adakah perkara tersebut (rakaman video) itu benar atau tidak dan jangan pula bangkitkan persoalan berkaitan konspirasi dan lain-lain?”

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato Onn, PWTC, di sini.

Jelasnya lagi, sekiranya rakaman terbabit adalah sahih maka tentunya satu perbuatan kemungkaran telah berlaku, dan kerana itu pihak berkuasa perlu melaksanakan tugas dengan profesional dan telus bagi membuktikan kebenarannya.

“Soal keperluan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat hal tersebut adalah terpulang kepada keputusan kerajaan dan pihak polis perlu tunjukkan bukti yang sahih kalau ada perbuatan yang mengubah video tersebut secara teknikal kerana perkara seperti ini amat mudah dikesan,” katanya.


*** - Pada pandangan peribadi Sahabat-Gunung, pelakon @ lelaki Y yang sedap-sedap membalun depan dan belakang, kenapa plak UMNO dan kerajaan BN selain polis plak yang dituduh pihak-pihak ‘sana’ tu ...

Sahabat-Gunung juga menyokong saranan menubuhkan Suruhan Jaya Di Raja bagi menyiasat kesahihan rakaman video dan pelakon hebat tersebut ....

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment