Tubuh Suruhanjaya Elak Manipulasi Isu Video Seks

KUALA LUMPUR 25 Mac – Kerajaan disaran mempercepatkan penubuhan suruhanjaya diraja atau suruhanjaya bebas dalam usaha mencari kebenaran dan keadilan berhubung kes video skandal seks melibatkan seorang pemimpin tertinggi pembangkang.

Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin berkata penubuhan suruhanjaya berkenaan dilihat sebagai salah satu usaha untuk membuktikan ketelusan kerajaan selain mencari keadilan untuk mereka yang membuat dakwaan serta individu yang dikatakan anugerah Allah untuk rakyat Malaysia.

Menurut beliau, perkara tersebut perlu dilakukan secara terperinci dan berhati-hati kerana pemimpin yang dikatakan anugerah Allah untuk rakyat Malaysia oleh isterinya sebelum ini merupakan seorang yang suka menunding jari dan membuat tuduhan yang kadangkala tidak masuk akal terhadap kerajaan yang ditunjangi Barisan Nasional (BN).

“Saya cukup bimbang, lagi lama pihak kerajaan mencari jalan penyelesaian, lagi berlambak pelbagai tuduhan dan ceriita terhadap pemimpin BN khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan sebagainya.

“Ini kerana kerja-kerja fitnah serta caci-maki dan sebagainya sudah menjadi resepi kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya. Kita bimbang, ianya akan menjadi peluru kepada Anwar untuk membuat pelbagai drama lain selepas ini.

“Sebab itu pada saya, kerajaan perlu bertindak segera dalam soal ini khususnya penubuhan suruhanjaya bebas atau suruhanjaya diraja bagi mencari kebenaran agar ianya dapat menutup mulut kepada yang kaki fitnah terhadap kerajaan serta mencari titik noktah kepada kebenaran,“ katanya.

Kata beliau lagi, jika hasil suruhanjaya berkenaan benar-benar membuktikan bahawa individu yang dikaitkan itu terlibat, beliau sewajarnya secara terhormat meletakkan jawatan, dan jika sebaliknya, kerajaan telah melaksanakan tugasnya dengan telus dan amanah.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kes video skandal seks melibatkan seorang pemimpin tertinggi pembangkang yang heboh diperkatakan hari ini.

Dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini telah membuat laporan polis berhubung rakaman video aksi seks seorang lelaki yang didakwa dirinya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Anwar, 64 yang merupakan Anggota Parlimen Permatang Pauh menafikan dirinya adalah lelaki yang melakukan adegan seks di dalam klip video itu dan menyifatkannya sebagai serangan bermotifkan politik serta satu percubaan untuk memaksa beliau keluar daripada politik nasional.

Fairus seterusnya menambah, beliau secara dekat memerhatikan perkembangan kes berkenaan dan melihat pada awalnya, mereka yang mendedahkan video tersebut tidak menyebut individu yang terlibat.

“Namun kemudiannya nama pemimpin berkenaan menjadi sebutan dan pemimpin tersebut secara psikologinya pula seolah-olah mengelabah sehingga membuat penafian segera. Bab itu terserah kepada umum untuk buat penilaian dan saya tidak mahu buat tuduhan sebarangan.

“Apa pun ini adalah satu lagi episod malang buat negara kerana dalam usaha kerajaan untuk memberi khidmat dan pelaksanaan yang terbaik untuk rakyat, terpaksa pula berhadapan dengan kes-kes sebegini yang dikhuatiri boleh menjejaskan tumpuan kerajaan untuk melaksanakan tanggungajwab dengan baik dan berkesan, ” katanya. MediaUMNO

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. eloklah kalau disiasat sapa pelakon porno tu. ni bukan masalah fitnah memfitnah atau dosa melihat video lucah. persoalan yg lebih besar ialah maruah negara. apa akan jadi kalau pelakon porno tu memang anuwar dan satu hari nanti dia akan jadi pm.
    dah tentu yg untungnya TAUKE hotel yg rakam video tu. TAUKE & geng2 (parti ***)nya akan mintak macam2 sampai negara dan bangsa melayu akan tergadai. kalau tak bagi...pecah lah rahsia... akibatnya negara ni akan jadi singapura satu hari nanti. itulah yg yahudi nak...menghalang kebangkitan islam ke 2 yg akan muncul diakhir zaman sebelum imam mahadi. hakikatnya ini semua adalah perancangan yahudi. org yg buat solat hajat utk penzina, menggunakan islam utk kepentingan politik, etc adalah seumpama orang yang membersihkan najisnya dengan kertas dari cebisan al quran. sejahat2 umno, diorag bersihkan najis dengan tisu.

Post a Comment