Video Seks Ketua Pembangkang: Tubuh Segera Suruhanjaya Di Raja- GAPS

Rakyat terkejut dengan polemik terbaru ketua pembangkang apabila video aksi adengan ranjang dibongkar dan ditayangkan kepada pihak media beberapa hari lalu. Video seks ini tampil dengan banyak kemusykilan yang menjadi tanda-tanya kepada rakyat.

Pengerusi gagasan Anti penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, penafian Anwar Ibrahim adalah tepat. Masakan ada orang mahu mengaku dia berak di tengah jalan.

“Namun apabila video itu menampilkan seorang `Lelaki Y’ yang dikatakan ketua pembangkang, GAPS berpendapat isu ini harus diuruskan secara komprensif. Kes Teoh Beng Hock membuktikan sikap acuh tidak acuh kerajaan dalam menangani isu kepentingan rakyat sebenarnya merugikan semua pihak.

GAPS bimbang pasukan khas polis yang menyiasat isu ini seperti yang umumkan oleh Menteri KDN semalam sebenarnya akan mengulangi kesilapan masa lalu. GAPS mendesak kerajaan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat dan menguruskan isu ini,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada media sebentar tadi.

Tambahnya, suruhanjaya ini harus membongkar isu ini secara telus dan tulus agar keyakinan rakyat kepada institusi negara, sivil dan demokrasi di negara ini akan terus mengakar.

Isu video seks ini sebenarnya akan mematangkan kepimpinan politik dinegara ini kearah melahirkan pemimpin negarawan yang berjiwa besar dan bersih dari kacau bilau penyelewengan kuasa, korupsi dan salah laku peribadi serta mempunyai akhlak dan peribadi yang unggul.

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment