
Nampak sangat Pemuda PAS dalam keadaan terdesak untuk memikat semula sokongan anak muda, menarik semula sokongan kepada Pas khususnya mahu meletakkan Pas di hati orang Melayu.
Kalau tak, takkanlah Pemuda Pas menyunting Arman setelah Arman mengumumkan meletakkan jawatan di dalam Wira Perkasa.
Agak pelik bila Arman meletakkan jawatan sebagai Ketua Wira, setelah dia menimbulkan fenomena baru dalam gerakan NGO pada jiwa anak muda.... Namun, itu adakah keputusannya.
Sebagai sahabat, aku memahami dan menghormati keputusan Arman tersebut.
Yang menghairankan aku, kenapa Pemuda Pas tiba-tiba nak menyunting Arman. Kalau tak silap, Anwar yang nak menyunting Arman bagi mengembalikan sokongan anak muda kepada Anwar dan PKR.
Bagi aku, Arman punyai pendirian dan prinsipnya tersendiri. Aku pasti dia tidak akan mengubah haluan perjuangannya, dia masih berjiwa Pemuda UMNO, walaupun tidak menerima jemputan atau pelawaan dari Pemuda UMNO, dia tetap Ketua Penerangan Pemuda UMNO PJU walaupun ketika di masih Ketua Wira Perkasa.
Dia ada tanggungjawab pada Pemuda UMNO. Pastinya dia akan kembali mengegar dengan baju lamanya, Pemuda UMNO.
Wahai sahabatku, teruskan perjuangan, jangan menoleh ke belakang lagi.

0 Komen
Post a Comment