DAP Bengang, Penang Jadi Bandar Metropolis


Kerajaan pusat akan membangunkan Pulau Pinang sebagai bandar Metropolis ketiga dalam negara, selepas Lembah Klang dan Johor Baharu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh Badan Pelaksana Koridor Utara (NCIA), Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) dan Khazanah Nasional Bhd dipertanggungjawabkan untuk
mengkaji pelaksanaan rancangan itu.

"Jawatankuasa ini akan membuat laporan kepada Majlis Ekonomi mengenai hasil kajian itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Jamuan Mesra Rakyat di Kampung Permatang Pasir di sini, hari ini.

Beliau berkata pembangunan bandar metropolis itu dijangka dapat meningkatkan lagi pelaburan di Pulau Pinang, dan menurutnya ini membuktikan bahawa kerajaan
pusat tidak meminggir, malah sentiasa berusaha memajukan Pulau Pinang.

Ia pastinya menyakitkan hati Lim Guan Eng dan kerajaan DAP Penang apabila kerajaan pusat tidak pinggirkan kerajaan yang ditadbir kerajaan pakatan rakyat, yang hanya mampu berjanji dan berjanji, namun pelaksanaannya KOSONG.

Lepas, takde modal lagilah nak menipu rakyat, kononnya kerajaan pusat pinggirkan negeri PR, terpaksalah balik Singapura untuk mencari modal baru untuk menghentam kerajaan BN....

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. KOTA BARU BILA LAK ?TAKAN JADI KOTA BURUK LAK?

Post a Comment