Masalah `Anak Tak Sah Taraf’ Di Selangor Harus Ditangani Bersama

Shah Alam, 6 April- Kita dikejutkan dengan pendedahan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata berdasarkan statistik yang ada sehingga 2008, seramai 257,000 anak luar nikah didaftarkan di sidang DUN Selangor baru-baru ini.

Pengerusi Justice 4 All, Anuar Basiran berkata, masalah ini satu masalah yang kritikal, namun kita tidak boleh menuding jari kepada mana-mana pihak dan tidak harus dipolitikkan sebaliknya tidak kira kerajaan negeri Selangor yang diterajui PKR-PAS-DAP, serta barisan ADUN Barisan Nasional, NGO di Selangor malah rakyat negeri Selangor sendiri harus bertanggungjawab dan bekerjasama bagi mengatasi masalah ini daripada terus berleluasa di masa depan.

“Ia melibatkan masa depan anak bangsa. Menurut Datuk Hassan Ali, masalah kewujudan anak tidak sah taraf di Selangor adalah 'sangat besar' dan jumlah sebenar tidak diketahui kerana ada kes kelahiran anak luar nikah ini tidak didaftarkan.

Saya tak salahkan datuk Hassan Ali tetapi saya melihat kerjasama antara kita walaupun berlainan ideologo politik ini penting bagi menghadapi situasi berat ini. Kita faham, bukan semua dari 257,000 yang didaftarkan ini bukan anak Selangor malah kita yakin ada antaranya merupakan warga negara asing yang menetap di negeri Selangor,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, percambahan pusat-pusat urut di negeri Selangor sejak akhir-akhir ini juga boleh menyumbang kepada masalah sosial ini. Bukan itu sahaja, tidak dinafikan hotel-hotel bajet juga nampaknya sudah mula kelihatan di Bandar-bandar besar di Selangor seperti Shah Alam, Kota Damansara, Petaling Jaya, Rawang selain Bandar-bandar pinggiran Bandar seperti Kuala Selangor, Kuala Langat dan beberapapa kawasan lain.

”Untuk rekod, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menjalankan pencegahan dengan pegawai penguatkuasanya jika mengikut nisbah adalah satu berbanding 25,000 orang maka penambahan pegawai penguatkuasa Jais diperlukan berhubung perkara itu.

Sehubungan dengan itu, kita berharap kerajaan negeri Selangor mengambil langkah segera untuk menambah kakitangan penguatkuasa di JAIS bagi memboleh lebih banyak operasi penguatkuasaan dibuat. Kita sebagai Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) juga bersedia untuk bersama-sama kerajaan negeri dalam menangani masalah ini kerana kita melihat ia bukan sekadar masalah politik sebaliknya ia adalah tanggungjawab bersama dalam mengatasi masalah ini dari berleluasa di masa depan,” ujarnya yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sepang.

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment