
Masa berkempen dah habis, maka aku nak tumpuan perhatian plak pada isu Anwar ini ....
Jika Sebahagian besar wartawan yang hadir sidang media Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hotel Grand Continental Kuching pagi Jumaat dah boleh agak ketua pembangkang itu tak mahu jawab soalan mengenai pendedahan terbaru kawan baiknya Raja Petra Kamaruddin, tapi ada gak nak dok saja dajalkan Anwar.
Aku ambil ulasan dari Parpu Kari dah ler ...
Wartawan yang tanya soalan itu, kiranya dalam bahasa jurnalisnya, cukup sopan santun,
“Datuk Seri, saya harap Datuk Seri tidak kisah, mengenai kenyataan Raja Petra, boleh Datuk Seri komen tentang itu?” lebih kurang begitulah soalannya.
Mungkin wartawan itu risau kena marah sebab mood Anwar dua tiga minggu ini cepat berubah.
Seperti dijangka, sambil angkat-angkat kening, Anwar bertanya balik “mengenai apa?” sambil buat muka ketat, “mengenai saya ke Altantuya, ada dua yang dia sebut?” tambah Anwar.
Bila dijawab, kedua-duanya. Anwar tidak mahu menjawab soalan dengan alasan bimbang rakyat khususnya pengundi di Sarawak hilang fokus mengenai tanggungjawab mereka untuk memilih kepimpinan dan kerajaan negeri yang baru esok.
"Saya ingin mengingatkan rakan-rakan di Sarawak supaya fokus kepada pilihan raya dan kepimpinan di Sarawak.
"Bagi mereka peluang kerana lagi sehari rakyat Sarawak nak tentukan pimpinan Sarawak,"
Beliau diminta mengulas mengenai pendedahan mengejutkan oleh Raja Petra pada Rabu yang disiarkan TV3 berhubung pengakuannya tidak pernah menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor terbabit kes pembunuhan Altantuya Shaaribuu.
Malah menerusi temu bual bahagian kedua, Raja Petra turut mempersoalkan kemampuan Anwar memimpin itu kerana sering menabur janji kosong serta gagal menangani krisis dalaman pakatan pembangkang.
Dalam pada itu Anwar berkata, beliau hanya bersedia untuk 'membincangkan' mengenai tuduhan dan dakwaan Raja Petra terhadapnya pada Ahad ini.
"Lusa boleh bincang tentang kepimpinan Anwar. Jangan benarkan sesiapa alih pandangan.
"Bukan saya nak elak, kalau nak bincang boleh, tapi 17 haribulan. Lepas itu boleh teruskan serangan terhadap Anwar," Agenda Daily
Sahabat-Gunung: Okey, selepas BN teruskan pentadbirannya di Sarawak, mulai Ahad nie kita mulakan semula serangan kita pada Anwar.

0 Komen
Post a Comment