Proses Pengundian di Kuching, Sibu Dan Miri, Berjalan Lancar

Proses pengundian bagi pilihan raya negeri Sarawak di Kuching, Sibu dan Miri berjalan lancar tanpa sebarang insiden, kata polis di tiga bahagian itu.

Di bahagian Sibu dan Miri, keadaan cuaca cerah mendorong pengundi termasuk yang menggunakan kerusi roda keluar awal untuk mengundi bagi mengelakkan hujan yang diramalkan pada tengah hari.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), setakat pukul 12 tengah hari,
kira-kira 800 daripada 1,748 pusat mengundi telah ditutup secara berperingkat.

Menurutnya setakat 9 pagi kira-kira 15 peratus pemilih telah keluar mengundi
bagi 14 kawasan Dewan Undangan Negeri.

Di Miri, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau, Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang juga Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr George Chan mengundi di Sekolah Menengah St Columba pada kira-kira 8.15 pagi.

Dr Chan, penyandang kerusi itu sejak enam penggal lepas ditentang calon DAP, Ling Sie Kiong, 28.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment