Pastikan Anwar Ibrahim Tak Datang Program Ini .... Bahaya

Memahami sukan merupakan salah satu medium untuk menyatupadukan rakyat tanpa mengira kaum, agama, gender mahupun pegangan politik selaras dengan gagasan 1 Malaysia, Pergerakan Puteri UMNO Malaysia di bawah penyelarasan Biro Sukan dan Kecergasannya, mengambil inisiatif mengadakan kejohanan Futsal Wanita Terbuka 1 Malaysia Piala Perdana 2011, dijadualkan pada 30hb April hingga 2 Mei 2011

Pengerusinya, Isfarina Mohd Bali berkata, kejohanan ini akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 30 April 2011 di Kompleks Futsal Presint 18, Putrajaya.

“Pertandingan ini hanya untuk kategori wanita warganegara Malaysia sahaja dan terbuka kepada semua pasukan di seluruh negara. Syarat umur penyertaan pemain adalah 15 hingga 35 tahun.

Anggaran keseluruhan pasukan yang akan turut serta adalah sebanyak 300 pasukan (setiap pasukan terdiri daripada 10 orang termasuk jurulatih dan pengurus pasukan). Borang dan maklumat lanjut mengenai program ini boleh didapati di laman sesawang: http://futsalputeri.blogspot.com,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambahnya, yuran penyertaan; bagi satu pasukan yang mempunyai ahli Puteri walaupun seorang, yuran yang dikenakan hanya RM 100.00 (tanpa penginapan) dan RM 250.00 (dengan penginapan).

Manakala yuran bagi pasukan yang tidak mempunyai ahli Puteri pula sebanyak RM 200.00 (tanpa penginapan) dan RM 350.00 (dengan penginapan). Jumlah keseluruhan hadiah wang tunai adalah sebanyak RM 21,400.00, di mana hingga ke tempat keenambelas turut diberi hadiah.

“Hadiah pertama yang ditawarkan ialah RM 8,000, kedua RM 5000, ketiga RM3,000. Hadiah yang ditawarkan sehingga kedudukan ke 16. Sehubungan dengan itu, pihak kami berharap agar program ini dapat sambutan yang mengalakkan dari orang ramai.

Borang penyertaan boleh diperolehi melalui cara di Blog : http://futsalputeri.blogspot.com atau hubungi terus Pejabat Pergerakan Puteri UMNO Malaysia 03-4041 3900. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat di atas atau email / faks bersama dengan bukti pembayaran,” ujarnya lagi.

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment