Satu gempa bumi kuat dengan magnitud 7.4 pada skala Richter dikesan berlaku berhampiran pantai timur Honshu, Jepun pada 10.32 malam tadi (waktu Malaysia). Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan menyebut gempa itu dicatat di kedudukan 4,306 kilometer dari timur laut Kudat, Sabah.
Tiada ancaman Tsunami kepada Malaysia.
Jabatan Meteorologi Malaysia sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan yang terkini.
Sebarang makluman terkini, akan dimaklumkan dari semasa ke semasa

0 Komen
Post a Comment