
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemimpin parti-parti pembangkang sanggup mengetepikan soal prinsip jika sesuatu perkara yang timbul tidak menguntungkan mereka. Sebaliknya pembangkang akan mengambil kesempatan kepada isu yang menguntungkan mereka sahaja.
Perdana Menteri berkata ia jelas tergambar dalam kenyataan pemimpin-pemimpin pembangkang berhubung kontroversi video seks yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Nampaknya pembangkang tidak konsisten dan mereka tengok keadaan. Mereka rasa kalau ada sesuatu yang tidak menguntungkan mereka, mereka akan ketepikan soal prinsip," katanya kepada wartawan pada satu majlis di SMK Santubong dekat sini, hari ini.
Tindakan pembangkang menolak cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz untuk menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat video seks tersebut yang terbongkar bulan lepas.
Najib berkata kebiasaannya pembangkang akan mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan tetapi dalam kes ini mereka membisu.
"Ini yang ramai orang rasa pelik dan aneh sebab sebarangan isu, merekalah yang pertama akan mendesak suruhanjaya diraja ditubuhkan. Yang pelik bila isu ini bangkit, mereka membisu, malah mereka menolak untuk menubuhkan suruhanjaya diraja," kata Najib.

3:35 PM
memangla bro sebab pembangkang ni jenis yang gila kuasa dan tamak dalam apa benda sekalipun..antijumud