Pilihan Raya Sarawak ke10 Paling Sengit

Kempen pilihan raya negeri paling hangat kali ini, kesemua 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak menyaksikan pertandingan buat pertama kali dalam sejarah pilihan raya negeri sejak 1970.

Pilihan raya negeri kali ke-10 yang ditetapkan pada 16 April ini mencatatkan rekod 213 calon bertanding termasuk bilangan calon bebas paling tinggi seramai 41 orang, demikian menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas proses penamaan calon selesai hari ini dan bermulanya kempen selama 10 hari.

Lebih daripada separuh kerusi, atau lebih tepat 44 kerusi, akan menjadi pertandingan banyak penjuru. Sebanyak 23 kerusi menyaksikan pertandingan tiga penjuru, 17 (empat penjuru), dua (lima penjuru) dan dua kawasan pertandingan enam penjuru.

Barisan Nasional (BN) yang menguasai 63 kerusi sebelum DUN dibubarkan pada 21 Mac lepas, akan berhadapan dengan cabaran satu lawan satu di 27 kawasan berbanding 54 kawasan pada pilihan raya negeri 2006.

BN, yang bertanding di semua kerusi, akan dicabar DAP di 15 kawasan bandar majoriti pengundi Cina manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan 49 calon di kawasan Melayu-Melanau dan Dayak.

Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) mempertaruhkan 26 calon di kawasan Dayak, Parti Cinta Malaysia (PCM) yang muncul buat pertama kali di enam kawasan Melayu dan Iban serta PAS di lima kawasan Melayu-Melanau.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment