
Walaupun hanya dibayar RM1 namun kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor digesa untuk menggantung tugas Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat merangkap PUNAHSIHAT Ekonomi negeri.
Ekonomi Selangor merudum, anak syarikat hampir bungkus, kini berhadapan pula dengan masalah sosial yang cukup teruk... kes liwat bekas pembantu peribadi dan yang terkini ... skandal video seks dengan amoi cina di dalam SPA.
Korang mungkin tahu sape yang aku maksudkan....
Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukor Idrus berkata penggantungan tugas sementara ini penting bagi menyelamatkan ekonomi negeri yang kini turut berdepan dengan pelbagai masalah yang melibatkan kerugian banyak anak syarikat kerajaan negeri.
Tegas beliau lagi Anwar juga dilihat begitu tertekan berikutan pelaku yang terlibat dalam video seks tersebut dikatakan mirip dirinya dan fokusnya kepada tugas mungkin terganggu.
Beliau berkata, penggantungan itu juga dapat menjaga imej kerajaan negeri daripada tercemar kerana Anwar sebelum ini menghadapi pelbagai tuduhan berkaitan moral.
“Mustahil Anwar boleh melaksanakan tugasnya dengan baik ketika beliau sedang menghadapi pelbagai tuduhan kesalahan moral termasuk tuduhan meliwat yang kini sedang dibicarakan di mahkamah.
“Untuk itu, kami menggesa supaya kerajaan negeri menggantung tugasnya supaya beliau (Anwar) boleh memberi tumpuan untuk membuktikan yang dirinya tidak bersalah terhadap segala tuduhan yang dihadapinya,” katanya di sini hari ini.
Selain itu, Anwar juga dilihat gagal untuk melaksanakan tugasnya dengan baik sejak beliau dilantik memegang jawatan tersebut.
“Ini dapat dibuktikan lagi apabila ada laporan yang mendakwa anak syarikat kerajaan negeri berbelanja dengan boros tanpa memikirkan kepentingannya kepada rakyat,” tegasnya yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang.

0 Komen
Post a Comment