
Kegagalan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menterjemahkan sokongan rakyat di Sarawak untuk mereka membentuk kerajaan negeri bagi mengantikan Barisan Nasional menunjukkan bahawa sokongan terhadap mereka semakin pudar dan tidak menyakinkan.
Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Idris Bakar berkata, apa yang mereka janjikan sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 lalu, ternyata gagal dilaksanakan termasuk di negeri-negeri yang telah mereka perintah, khususnya di Selangor ini.
“Kalaulah tengok sokongan rakyat pada PKR di Sarawak, tidaklah susah sangat kerja kita untuk kembali merampas Selangor dari PKR. Kalau dicongak-congak pada jumlah kerusi yang mereka tandingi di sana, bukan sahaja menunjukkan kekuatan mereka mampu menumbangkan kerajaan BN, malah merekalah yang mampu untuk menerajui selepas Pilihan Raya Sarawak ke12 lalu.
Tetapi ternyata keangkuhan mereka, dihukum terus oleh rakyat Sarawak 16 April lalu apabila dari 46 kerusi yang ditandingi, mereka hanya mampu memenangi tiga kerusi sahaja di Bakelalan, Batu Lintang dan Krian itupun kerana sentimen simpati dan janji diberikan jawatan Ketua Menteri kepada Baru Bian jika menang di Bakelalan,” ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.
Apa lagi yang mereka nak buktikan kini, mereka gagal menunaikan janji-janji mereka di Semenanjung walaupun sudah tiga tahun menguasai beberapa negeri, kini mereka janjikan langit dan bumi yang sedikit sebanyak membantu BN mengurangkan keyakinan rakyat pada parti yang angkuh ini.
“Kini, perubahan sikap dalam diri anak muda, khususnya di Selangor yang memberikan peluang dan ruang kepada kepimpinan baru di Selangor selain keyakinan kepada Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mengolah dan merencana pembangunan seimbangkan kepada seluruh rakyat, menjadi kekuatan kepada BN untuk kembali memaut hati anak muda untuk kembali memberikan sokongan kepada BN.
Malah kepimpinan hari ini yang banyak memberikan peluang anak muda menonjolkan kebolehan mereka di dalam kepimpinan parti dan kerajaan juga menjadi punca kembalinya semula sokongan anak muda. Namun, kita jangan ulangi semula kesilapan lepas dengan mengabaikan semula penglibatan golongan muda ini kerana mereka bukan sahaja yang bakal menerajui kepimpinan parti dan kerajaan kelak, malah mereka jugalah yang akan menentukan masa depan politik negara,” tambahnya yang juga Ahli Dewan Undangan Kawasan Ulu Bernam, Hulu Selangor.
Dalam masa yang sama, Idris yakin dengan gerak kerja dan komitmen semua pihak termasuk kompenan-kompenan BN kini, kerajaan PKR Selangor semakin hampir tumbang di Selangor. Mereka mempunyai penasihat ekonomi yang bukan kepalang, namun Selangor kini hampir muflis dikerjakan pemimpin-pemimpin mereka yang rakus merompak hasil ekonomi Selangor untuk kepentingan politik dan peribadi mereka.

11:04 PM
Bro, Salam Ziarah dari Lembah Pantai. Mohon jasa baik linkkan blog kami dalam blogroll tuan. Terimakasih, salam Lembah Pantai.
http://banyakhalbeb.blogspot.com