Pakatan Pembangkang hanya bersatu untuk menghadapi Barisan
Nasional dalam pilihan raya sahaja tetapi sebarang keputusan dalam sesuatu isu
hanya perlu dirujuk kepada parti masing-masing. Kenyataan yang dikeluarkan oleh
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak semalam merupakan satu perkara
yang merumitkan bagi sesebuah kerajaan yang berkongsi kerusi untuk membentuk
kerajaan, ujar Ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Jerlun, Aswat Abu Bakar.
Ujarnya, apa yang berlaku ini sesuatu yang amat menyedihkan
apabila mereka bersatu dan saling bantu membantu hanya untuk membentuk kerajaan
semata-mata.
“Mereka tidak sama dari segi ideologi malahan dari sistem pentadbiran
ahli-ahli dalam parti-parti yang bergabung, PAS, DAP dan PKR ini amat berbeza
semata dan ini akan menyebabkan wujud pimpinan yang tidak cekap dan
kebiasaannya, pimpinan sebegini akan menyebabkan wujud keadaan yang kurang baik
dan tidak sempurna dalam pimpinan kerajaan negeri mahupun di peringkat
persekutuan.
Apa yang dapat saya perkatakan dari sudut ini, pakatan
pembangkang kini khususnya di kedah diibaratkan seperti ‘retak menanti belah.’
Hari ini membuktikan sekali lagi bahawa mereka sebenarnya sedang menghadapi
masalah dalaman yang cukup serius kerana perbezaan ideologi dan perbezaan
pandangan yang tidak lagi dapat diselamatkan lagi oleh mana-mana pihak,”
ujarnya mengulas kemelut pimpinan kerajaan negeri Kedah yang
berlaku sejak akhir-akhir ini.
Dalam masa yang sama, ujarnya dalam isu perlantikan EXCO
Kerajaan Negeri Kedah ini, kita dapat melihat bagaimana golongan-golongan di
dalam PAS Kedah sendiri telah pun dipengaruhi oleh kepimpinan daripada parti-parti pembangkang yang lain khususnya
DAP dan PKR.
“Tindakan ini dilihat sebagai usaha dan pendekatan DAP dan
PKR untuk menguasai PAS Kedah secara
dalaman dengan menggunakan pemimpin-pemimpin PAS sendiri dan akhirnya perkara
ini akan menyebabkan PAS terpaksa menjadi ‘Pak Turut’ kepada DAP dan PKR,
khususnya di negeri Kedah ini,” tambahnya lagi.

0 Komen
Post a Comment