Berikut adalah Intipati Ucapan Datuk Satim Diman, Ketua Pembangkang
Selangor dalam ucapan perbahasan titah ucapan DYMM Sultan Selangor pada 20
Mac 2012....
Hari ini 20 Mac 2012, merupakan hari yang ke
1,460 atau hampir empat (4) tahun negeri Selangor di bawah pemerintahan
Kerajaan Pakatan Pembangkang. Tempoh empat tahun sudah mencukupi kepada rakyat
negeri Selangor untuk membuat penilaian secara realistik dan objektif tentang
kemampuan Pakatan Pembangkang mentadbir negeri Selangor. Dan yang lebih
penting, sejauhmanakah mereka telah berjaya menunaikan semua Janji dalam MANIFESTO PILIHAN RAYA Ke-12, 2008.
MANIFESTO PILIHANRAYA yang menjanjikan langit, roket dan bulan
sehingga rakyat terpedaya tetapi akhirnya tertipu dan membuat kesilapan kerana
meletakkan mereka di tempat yang bukan ahlinya. Inilah akibatnya apabila kita
menyerahkan kuasa kepada orang yang bukan ahlinya seperti Sabda Nabi Muhammad
SAW yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari.
Sejak dahulu lagi kami telah menjangka bahawa
Kerajaan negeri hari ini tidak mampu untuk mewujudkan sebuah Kerajaan yang
stabil dan mantap kerana dianggotai oleh tiga ahli keluarga yang berbeza
ideologi, pendekatan, keutamaan dan kepentingan. Satu pakatan yang rapuh. Satu
perkahwinan yang tidak berdaftar. Semata-mata ’Marriage of Convenience’ dengan izin, Tuan Speaker.
Anggota Pertama dengan ideologi dan dasar perjuangan yang
sudah melencong dari negara Islam ke Negara Berkebajikan. Kerana apa ?
Semata-mata matlamat menghalalkan cara. ’The ends justify the means’. Dengan
izin Tuan Speaker.
Anggota Kedua dengan konsep Malaysian Malaysia yang
sentiasa mencabar asas-asas kewujudan negara Malaysia dan semangat kontrak
sosial serta Perlembagaan Malaysia.
Anggota Ketiga ialah Ketua Keluarga yang bercita-cita dan
bernafsu besar untuk meletakkan ketuanya ke Putrajaya dengan projek 16
September yang terbukti gagal ala MAT JENIN.
Kecelaruan dan kerapuhan ini
terbukti dengan pemecatan mantan
Pesuruhjaya PAS Selangor, ADUN Gombak Setia yang kemudian digugurkan sebagai
Exco Kerajaan Negeri – Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam,
Kebudayaan & Warisan dan Infrastruktur.
Secara kebetulan, pada masa yang
sama sahabat mereka di Kedah mengalami masalah yang sama juga. Bergolak.
Walaupun dalam keluarga Anggota Pertama, tetapi sebenarnya atas tekanan Anggota
Kedua dan Ketiga terutama Ketua Keluarga yang mempunyai kepentingan dan
keutamaan sendiri.
AKIBATnya, rakyat menderita,
pembangunan negeri terjejas dan kesejahteraan rakyat terabai.
Dalam konteks negeri Selangor,
tempoh empat tahun pemerintahan Kerajaan hari ini penuh dengan pancaroba dan
insiden-insiden yang tidak pernah berlaku sebelumnya kerana setiap anggota
keluarga mempunyai agenda tersendiri. Tidak ada ’central command’ dengan izin
atau ’Kuasa Pusat’ yang kukuh.
(BERSAMBUNG)
Ucapan 2 – Datuk Satim Diman




0 Komen
Post a Comment