Jika negeri ini dilabelkan
sebagai Selangor Darul Maksiat oleh pembangkang sebelum ini, kata-kata itu
telahpun memakan diri mereka sendiri, laksana meludah ke langit, jatuh terkena
muka sendiri.
Itu semuanya kuasa Allah, yang
mahu rakyat berfikir, antara kaca dan permata.
Belum pun sempat kerajaan negeri
membersihkan maksiat yang berleluasa gara-gara rumah urut dan hotel bajet yang
berlambak di Selangor, sampah pula telah mencemarkan setiap pelusuk negeri,
gara-gara kegagalan yang berpunca dari sikap politiking kerajaan negeri
terhadap kontraktor-kontraktor berpengalaman, yang telah mengurustadbir masalah
sampah dengan baik sebelum ini.
Dan masalah yang berlarutan ini
telah menyebabkan kemarahan rakyat, yang seharian menahan bau busuk, bukan
sahaja dari tapak pembuangan sampah, malahan dari lori sampah yang hanya
mengutip sampah berkenaan sekali seminggu.
Bayangkan betapa busuknya sampah yang sudah seminggu terbiar.
Sindrom penafian sudah sebati di
dalam diri mereka. Saban hari cuba
menafikan, dan seperti biasa, UMNO dan BN lah yang dipersalahkan, kononnya
membuat sabotaj terhadap kutipan sampah.
Tergamaknya kerajaan negeri memberi alasan pendek akal seperti itu,
kerana rakyat sendiri menilai, bagaimana servis kutipan sampah dipolitikkan
oleh wakil-wakil rakyat mereka.
Sidang DUN semalam memperlihatkan
keberanian YB Sekinchan, Ng Sue Lim mengakui bahawa kerajaan negeri telah gagal
secara total dalam perkara mudah seperti kutipan sampah secara berjadual
ini. Letak ke tepi segala yang lain,
kerana kutipan sampah adalah tugas mudah, dan tidak memerlukan penerangan dari
seorang pakar nuklear.
Asas kesejahteraan, iaitu
kebersihan pun tidak mampu dikawalselia dengan baik oleh kerajaan negeri. Inikah negeri kebajikan? Inikah yang dimaksudkan sebagai Baldatun Toyyibatun
Wa Robbul Ghaffur? Perlu diingatkan,
kebersihan adalah sebahagian dari iman.
Cuba menjadi hero, kononnya
prihatin kepada rakyat, Ng Sue Lim telah mencadangkan agar satu jawatankuasa
menangani sampah ditubuhkan bagi menyelesaikan masalah itu.
Secara halus, Ng Sue Lim
sebenarnya cuba menambah risiko teruk dihentam ke atas Khalid Ibrahim. Cadangan perlantikan itu bukanlah sebuah
pujian. Ng dilihat cuba menutup
kelemahan Exco Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Ronnie Liu yang juga rakan
sekutunya dari parti DAP.
Rakyat Selangor perlu faham,
urusan kutipan sampah di bawah seliaan PBT, yang sekaligus memalitkan nama
Ronnie Liu sebagai salah seorang yang perlu bertanggungjawab, selain bosnya,
iaitu Menteri Besar.
Ng bijak. Dia menjaga maruah rakan sebangsa dengannya,
dan meletakkan “Melayu PKR” sebagai “punching bag” kerana Ng tahu sesungguhnya
campurtangan Ronnie Liu lah yang menyebabkan seliaan sampah terjejas teruk,
selain kebebalan Menteri Besarnya.
Ahli majlis dilantik di kalangan
kroni, malah ada campurtangan DAP dalam perlantikan ahli majlis di
Selangor. Ahli majlis bukan sahaja
membawa masuk kroni mereka, malah kroni mereka terjelir lidah melihat deretan
peluang tender kutipan sampah.
Dan apabila kroni mereka itu mula
kiasu, bangkitlah ultra kiasu, akhirya sesiapa pun pasti akan disingkirkannya,
demi fahaman chauvinist nya!
Apabila Khalid dicadangkan
sebagai pengerusi jawantankuasa sampah, Ng sebenarnya cuba berkata bahawa
itulah Menteri Besar Sampah!
Sumber: SelangorDaily

0 Komen
Post a Comment