Ia susulan daripada kejayaan empat siri jelajah diadakan sebelum
ini yang mendapat maklum balas positif rakyat dengan lima saman difailkan di
mahkamah menuntut kerajaan negeri menunaikan janji untuk memberikan air percuma
seperti terkandung di dalam manifesto pilihan raya umum 2008.
“Sambutan dan maklum balas rakyat setakat ini baik dengan ada di
antara mereka meminta supaya sesi taklimat ini dibuat di seluruh Selangor.
“Kita akan bergabung dengan beberapa badan bukan kerajaan lain
seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk turun padang bertemu
rakyat bagi memberi penjelasan ini,” katanya pada Majlis Forum Rakyat Krisis
Air Selangor dan Projek Rakyat 2 di sini, semalam.
Sohaimi berkata, sebagai NGO yang mewakili kehendak akar umbi,
GPRS mengajak mana-mana individu atau badan berkaitan untuk bertukar pandangan
mengenai isu berkenaan agar rakyat memahami kedudukan terkini isu itu selain
mengelak ia dipolitikkan pihak tertentu.

0 Komen
Post a Comment