Hari ini, penduduk Pangsapuri Selayang Height yang mengandungi 500
unit rumah pula menyatakan tuntutan mereka kepada kerajaan negeri.
Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor, Dato’ Sohaimi Shahadan
berkata, rakyat tidak boleh menerima alasan kerajaan Khalid menolak pemberian air
percuma seperti yang dijanjikan dalam manifestonya pada PRU12 yang lalu dengan
memberi alasan hanya pengguna meter individu sahaja yang layak menerima, walhal
dulu tidak disebut pun syarat-syaratnya.
“Ramai sudah sedar dan bangkit menuntut air percuma ini tetapi
sehingga kini Khalid masih enggan mempertimbangkan untuk mengagihkan rebet
RM11.40 yang tertunggak selama empat tahun kepada pengguna meter pukal.
Migrasi, pemberian kupon atau sebagainya tiada kena menggna dengan
tuntutan rakyat terhadap air percuma ini. Rakyat menuntut tunggakan air percuma
yang terhutang oleh kerajaan Khalid sejak tahun 2008 hingga kini,” ujarnya
selepas demostrasi aman penduduk Selayang Height di sini pagi tadi.
Tambahnya, penduduk berhak menfailkan tuntutan mereka di mahkamah
demi mendapatkan hak yang sengaja dinafikan oleh kerajaan negeri.
Mengikut kiraan, setiap isi rumah layak mendapat sebanyak RM570
iaitu tunggakan subsidi bernilai RM11.40 setiap bulan yang didarab selama 50
bulan (bagi tempoh dari Jun 2008 hingga September 2012)
Sebelum ini lima demostrasi telah dibuat iaitu di Aparmen Mentari
Court, Bandar Sunway, Apartmen Vista Levander, Kinrara Puchong, Apartmen
Angsana Bandar Mahkota Cheras, Apartmen Putra Perdana Puchongdan terakhir di
Flat SPNB, Taman Medan Cahaya, Petaling Jaya Selatan2.
Kenyataan Khalid bahawa manifesto pilihanraya bukan janji yang
perlu ditunai mendedahkan belang sebenar kerajaan pakatan pembangkang yang
sebenarnya langsung tidak boleh dipercayai lagi,” ujarnya yang juga Ketua
Pemuda UMNO Bahagian Selayang.

0 Komen
Post a Comment