Membazir Sahaja Layan Anwar Ibrahim


Seperti yang diramalkan, seorang Ahli Parlimen dikorbankan oleh PKR untuk memberi laluan kepada Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding demi memenuhi nafsu politik menjadi seorang Perdana Menteri, ujar Nazir Hussin Akhtar Hussin, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa

Tambahnya, bukan Pandan, Permatang Pauh, Selayang atau Sungai Petani tetapi Port Dickson  yang menjadi pilihan Anwar. Penyandangnya, Datuk Danyal Balagopal Abdullah menjadi 'askar upahan' yang sanggup mengosongkan kerusinya. Padahal beliau menang pada PRU14 yang lalu kerana undi rakyat.

“Ini bukan kali pertama. Langkah Kajang sebelum ini menyaksikan seorang wakil rakyat turut letak jawatan juntuk memberi laluan kepada isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Ismail untuk menjadi MB Selangor. Walaupun Langkah Kajang berjaya namun hasrat untuk menjadi MB tidak kesampaian. 

Langkah PD ibarat 'do or die' kepada Anwar. Jika beliau gagal, bukan sahaja harapan untuk menjadi Ahli Parlimen gagal malah cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri juga berkecai. Mahu atau tidak, Anwar perlu menang.

Melihat kepada senario semasa, saya berasakan UMNO/BN tidak perlu meletakkan calon bertanding di Port Dickson. kata orang Nismilan, 'buat menghabiskan boreh yo'. Buang masa!,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Ini kerana PRK Port Dickson bukan disebabkan wakil rakyat meninggal dunia tetapi saja-saja letak jawatan seolah-olah mempermainkan undi rakyat.

Ketika Kerajaan PH mendakwa Kerajaan BN sebelum ini banyak berhutang, mereka pula membazirkan wang rakyat untuk seorang individu mencapai menggapai kuasa.

“Kedua, UMNO/BN perlu membiarkan Anwar menang percuma di Port Dickson dan seterusnya menjadi laluan ke Kabinet untuk menyaksikan drama episod seterusnya antara beliau dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Anwar pernah berkata beliau sanggup menyokong pembangkang sebagai “check and balance” sekiranya berlaku kelemahan terhadap pentadbiran Tun Mahathir. Maka, sewajarnya UMNO/ BN memberikan peluang kepada Anwar,” tambahnya. 

Ketiga, tiada untung kepada UMNO/BN bertanding di Port Dickson kerana “track record” pada tiga pilihan raya kecil (PRK) ini tidak memihak kepada UMNO/BN.

“Sentimen rakyat masih tidak berubah, sukar untuk mengembalikan kepercayaan  mereka kepada UMNO/BN. Majoriti Cina masih belum kembali kepada UMNO/BN.

Sama ada Anwar menang atau tidak, langsung tidak memberikan kesan kepada UMNO/BN. Biarlah Anwar bertanding, UMNO/BN tidak perlu menghabiskan masa, wang dan tenaga demi cita-cita Anwar itu,” ujarnya lagi.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment