PRK Chini: Lima Isyarat Rakyat Menuju PRU15


PERTAMA, rakyat memberikan BN dan Muafakat Nasional kepercayaan dan undi mereka dengan lebih tinggu untuk BN meraih kemenangan besar dengan majoriti 12,650 undi, iaitu tertinggi dalam sejarah DUN Chini.

Calon BN PRK DUN Chini, Sharim Md Zain memperoleh 91% daripada keseluruhan undi atau 13,872 undi daripada keseluruhan 15,231 undi.

Ini adalah rekod luar biasa jika dibandingkan dengan pencapaian BN dalam pilihanraya-pilihanraya sebelum ini di Chini (dan di seluruh negara):

Keputusan pilihanraya DUN Chini:
PRU-11 (2004): 69.9% undi kepada BN
PRU-12 (2008): 70.2% undi kepada BN
PRU-13 (2013): 72.6% undi kepada BN
PRU-14 (2018): 60.8% undi kepada BN
PRK Chini (2020): 91.1% undi kepada BN

Ia menunjukkan isyarat bahwa rakyat semakin cenderung kepada BN dengan formula penyatuan UMNO-PAS dalam Muafakat Nasional.

KEDUA, jumlah turun mengundi yang mengatasi sasaran Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menunjukkan rakyat bersemangat untuk memberikan mandat kepada BN dan MN.

SPR mensasarkan hanya 70% akan keluar mengundi berikutan kekangan wabak Covid-19.

Bagaimanapun, jumlah turun mengundi mengundi sebenar adalah seramai 74% daripada keseluruhan pemilih berdaftar.

Ia menunjukkan isyarat yang rakyat begitu bersungguh mahu menyatakan ‘suara’ mereka melalui peti undi, meskipun terkekang dengan situasi semasa seperti wabak COVID-19.

KETIGA, kebanjiran jentera dan penyokong BN dan MN yang ramai menunjukkan jentera parti mempunyai semangat dan moral yang tinggi.

Meskipun DUN Chini merupakan kubu kuat BN dan telah dijangka menang, namun jentera BN dan PAS dengan semangat Muafakat Nasional dari serata negara tetap menggembeleng tenaga habis-habisan datang berkempen bersama jentera tempatan.

Ia menunjukkan isyarat yang jentera dan penyokong begitu berkobar-kobar mahu menyertai pilihanraya dan bersungguh mahu memenangkan parti.

KEEMPAT, kemenangan kali keenam pilihanraya kecil berturut-turut sejak 2019 adalah trend dan momentum yang baik untuk BN dan MN menuju PRU-15.

BN dengan muafakat bersama PAS telah memenangi kesemua enam pilihanraya kecil berturut-turut dengan peningkatan jumlah undi.

Lebih luar biasa, dua kerusi PH telah berjaya ditawan semula oleh BN iaitu DUN Semenyih dan Parlimen Tanjung Piai dengan majoriti besar iaitu 1,914 dan 15,086 undi.

Ia menunjukkan isyarat bahawa BN dengan formula Muafakat Nasional adalah disenangi rakyat dan sedang dalam momentum besar untuk Pilihanraya Umum ke-15.

KELIMA, BN berani mengengahkan muka-muka baharu untuk menang pilihanraya.

Dalam siri pilihanraya-pilihanraya kecil selepas PRU-14, BN telah mengetengahkan ramai muka baharu sebagai calon.

Antaranya Ramli Mohd Noor (Parlimen Cameron Highlands), Zakaria Hanafi (DUN Semenyih) serta Mohd Sharim Mohd Zain (DUN Chini), yang kesemua mereka telah menang.

Ini adalah isyarat bahawa BN sedia membariskan ramai muka baharu dalam PRU-15 akan datang bertepatan dengan kehendak akar umbi dan rakyat.

Pemerhati Politik
5 Julai 2020

*** Sumber
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    8:54 AM

    Myanmar devotees say about the committee members of SAMNAK SAMBODHI (YIP KUM FOOK as president) are very stupid and have no Buddhist teachings at all, because they do not know how to manage the Temple

    The temple committee is waiting for donations from the devotees only, they don't know anything, the Myanmar devotees also said and were very sad when it happened like in a Buddhist temple, added that we monks lived there like cows because last time we were a monk (VEN. U NANDIYA) living there, the president YIP KUM FOOK took his donation of about RM20,000.00

    Myanmar devotees said about the committees in front of our monks, looked like a kind person and they were some very good committees but behind the ghost idea, we monks were very scared but we monks came to Malaysia for training only, our monks don’t care what the committees did.

    We are Malaysians and we know about YIP KUM FOOK well because this YIP KUM FOOK is a big ghost in Malaysia, this YIP KUM FOOK can do everything to get money, he is not shy and does not listen to people’s gossip, but one day he will taste what he ate

    If anyone likes to know and understand about YIP KUM FOOK, please go research on GOOGLE, thank you very much

    Sharing by Ong, Kuala Lumpur

Post a Comment