Oleh: Irmohizam Ibrahim (Ahli Majlis Tertinggi GPMS)
BULAN Ogos tahun ini Malaysia akan menyambut ula
ng tahun kemerdekaannya yang ke-50. Sebagai negara yang berwawasan untuk menjadi sebuah negara maju dan sebagai bangsa yang hasrat untuk menjadi bangsa yang kuat kita perlulah memupuk budaya mengenang dan meraikan patriot-patriot negara yang terdahulu yang telah menyumbang tenaga serta buah fikiran mereka bagi membolehkan kita muncul sebagai sebuah negara dan bangsa yang bermaruah dan berdaulat.
Jika kita tidak mempunyai budaya sebegini maka kita akan mudah tewas di dalam perjuangan kerana kita tidak mengetahui dari mana kita datang, kita tidak bijaksana melakar apa yang sedang kita lakukan dan kita tidak yakin ke arah mana hala tuju kita.
Salah seorang patriot negara dan bangsa yang amat besar jasanya kepada negara Malaysia dan amat banyak teladan boleh diperoleh dari susun atur perjuangannya adalah bekas Perdana Menteri Malaysia yang kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Datuk Hussein. Amat sesuai kita mengenang Allahyarham dalam bulan yang merupakan ulang tahun kelahirannya ke-85.
Bagi anak muda seperti saya yang lahir setelah Allahyarham meninggal dunia dan hanya mengenali beliau dari catatan dalam halaman buku-buku sejarah dan dari mendengar cerita orang-orang tua, peluang untuk melawat Memorial Tun Abdul Razak baru-baru ini telah meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada saya.
Ia telah membuka mata saya kepada betapa dangkalnya pengetahuan saya mengenai patriot agung ini dan betapa monumentalnya jasa bakti beliau yang telah mendedikasikan seluruh kehidupannya demi faedah bangsa dan negaranya.
Kehidupan beliau merupakan manifestasi bagaimana perubahan besar ke arah kebaikan boleh dicapai melalui bidang politik oleh individu bijak yang mempunyai sistem nilai yang mulia, berjiwa besar dan sahsiah yang terpuji.
Memorial Tun Abdul Razak seharusnya menjadi seumpama Monticello iaitu kediaman Thomas Jefferson, bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) dan pengarang utama pengisytiharan kemerdekaan negara berkenaan yang hari ini menjadi tugu utama mereka yang memilih untuk mengabdikan kehidupan demi kepentingan rakyat.
Jeneral Henry Lee seorang daripada rakan George Washington yang merupakan bekas Presiden AS yang pertama dan panglima besar tentera revolusi semasa perang kemerdekaan menentang Inggeris menyifatkan Washington sebagai ‘pertama dalam perang, pertama dalam keamanan dan pertama dalam sanubari rakyat Amerika.”
Bagi kita rakyat Malaysia amat wajar Allahyarham disifatkan sebagai pertama di dalam perang bersenjata menentang komunisme bagi menyelamatkan kebebasan, pertama di dalam perang bagi memenangi keamanan menentang buta huruf, kejumudan ilmu, kemiskinan dan kefakiran serta pertama di hati sanubari rakyat Malaysia.
Semasa menjadi pelajar pelatih dalam Perkhidmatan Pentadbir Melayu di Kolej Melayu Kuala Kangsar akhir tahun 1930- an beliau telah menulis dalam majalah kolej tersebut;
“Orang-orang Melayu terkenal bangsa yang terkemudian sekali dalam perlumbaan kemajuan di tanah airnya sendiri pada hari ini sedang kekurangan ilmu pengetahuan, kekurangan kuat kuasa dan kekurangan serba-serbinya. Kita hendaklah berlari bukan berjalan merangkak-rangkak balik-balik di situ juga.
“Hasilnya ialah berat tanggungan belia- belia dan pemuda-pemuda kerana kepadanyalah tersandar kehidupan maruah bangsanya yang kucar-kacir pada masa ini. Mari kita belajar bersama-sama dan kita hidupkan perasaan berbantu-bantuan sementara ada masa lagi. Mudah-mudahan jadilah kita orang yang tegap dan kuat memikul beban yang berat yang akan kita tanggung kelak adanya.”
Dalam satu lagi tulisan di dalam bahasa Inggeris beliau mempamerkan idealismenya sebagai seorang anak muda yang tidak bersetuju dengan teras falsafah bahawa yang kuat itulah kudrat sebaliknya menyokong kedaulatan undang-undang di peringkat global. Terjemahannya;
“Masalah dunia yang ada hari ini adalah disebabkan konflik di antara manusia dan dirinya. Setiap individu perlu menguasai dirinya terlebih dahulu sebelum keamanan abadi boleh wujud di dalam dunia.
Sepatutnya terdapat perpaduan dunia di mana hukum yang kuat maka dialah kudrat telah dimansuhkan dan digantikan dengan kedaulatan undang-undang. Liga Bangsa- Bangsa merupakan percubaan untuk mempersekutukan dunia tetapi malangnya ia gagal.
“Perang yang sedang berlangsung antara Britain dan Jerman adalah konflik yang berasaskan prinsip. Hasil peperangan akan menunjukkan sama ada hukum kudrat atau kedaulatan undang-undang akan wujud di muka bumi.
Great Britain sedang berusaha agar Jerman tidak akan mendominasi dunia secara kekerasan. Mereka sedang berperang demi keamanan dunia agar Jerman akan dikalahkan dan seterusnya wujud keamanan yang berkekalan.”
Sebagai seorang pelajar yang pintar beliau telah berjaya menamatkan pengajian undang-undang di Lincoln’s Inn dalam masa hanya 18 bulan.
Dengan kecemerlangan akademik dan latar belakang keluarga bangsawan beliau boleh memilih untuk membina karier guaman di sektor swasta serta beroleh pendapatan yang lumayan namun dengan kelulusan yang diperoleh, beliau telah memilih untuk berkhidmat sebagai penjawat awam dengan kerajaan negeri Pahang sehinggalah beliau meletakkan jawatan untuk bertanding dalam pilihan raya umum 1955 di bawah tiket Parti Perikatan.
Setelah menang di dalam pilihan raya umum pertama bagi memilih majoriti ahli-ahli Majlis Perundangan Persekutuan beliau telah dilantik sebagai Menteri Pelajaran negara yang pertama.
Sebagai Menteri Pelajaran beliau telah berjaya menggubal dasar bagi mewujudkan sistem pelajaran kebangsaan yang seterusnya merupakan landasan asas kepada perpaduan kebangsaan.
Apabila negara memperoleh kemerdekaan Allahyarham telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan. Di dalam kapasitinya sebagai Menteri Pertahanan beliau telah berjaya membawa keamanan dengan menamatkan darurat pada bulan Julai 1960.
Setahun sebelum tamat darurat beliau telah diamanahkan untuk mengetuai kementerian baru di samping portfolio yang sedia ada, beliau telah dilantik sebagai Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar.
Setelah berjaya meletakkan asas perpaduan kebangsaan melalui dasar pelajaran negara yang pertama dan memimpin usaha menamatkan darurat dengan mengalahkan pengganas komunis beliau telah diamanahkan pula untuk memenangi keamanan dengan memerangi kemiskinan dan kefakiran.
Allahyarham telah memberikan komitmen yang sepenuhnya untuk usaha murni ini berjaya, melalui inisiatif buku merah, pembukaan tanah rancangan Felda, penubuhan Felcra dan Risda kehidupan rakyat terutama penghuni desa bertambah cerah.
Beliau bukan sahaja merancang tetapi juga mengawasi pelaksanaan inisiatifnya melalui penubuhan bilik gerakan di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah. Allahyarham menyifatkan rangkaian bilik gerakan ini sebagai berperanan ‘mengesan tempat-tempat di mana nadi pembangunan telah terhenti denyutannya, semoga halang lintangnya dapat dicari dan salah silapnya diperbetulkan segera’.
BULAN Ogos tahun ini Malaysia akan menyambut ula
ng tahun kemerdekaannya yang ke-50. Sebagai negara yang berwawasan untuk menjadi sebuah negara maju dan sebagai bangsa yang hasrat untuk menjadi bangsa yang kuat kita perlulah memupuk budaya mengenang dan meraikan patriot-patriot negara yang terdahulu yang telah menyumbang tenaga serta buah fikiran mereka bagi membolehkan kita muncul sebagai sebuah negara dan bangsa yang bermaruah dan berdaulat.Jika kita tidak mempunyai budaya sebegini maka kita akan mudah tewas di dalam perjuangan kerana kita tidak mengetahui dari mana kita datang, kita tidak bijaksana melakar apa yang sedang kita lakukan dan kita tidak yakin ke arah mana hala tuju kita.
Salah seorang patriot negara dan bangsa yang amat besar jasanya kepada negara Malaysia dan amat banyak teladan boleh diperoleh dari susun atur perjuangannya adalah bekas Perdana Menteri Malaysia yang kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Datuk Hussein. Amat sesuai kita mengenang Allahyarham dalam bulan yang merupakan ulang tahun kelahirannya ke-85.
Bagi anak muda seperti saya yang lahir setelah Allahyarham meninggal dunia dan hanya mengenali beliau dari catatan dalam halaman buku-buku sejarah dan dari mendengar cerita orang-orang tua, peluang untuk melawat Memorial Tun Abdul Razak baru-baru ini telah meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada saya.
Ia telah membuka mata saya kepada betapa dangkalnya pengetahuan saya mengenai patriot agung ini dan betapa monumentalnya jasa bakti beliau yang telah mendedikasikan seluruh kehidupannya demi faedah bangsa dan negaranya.
Kehidupan beliau merupakan manifestasi bagaimana perubahan besar ke arah kebaikan boleh dicapai melalui bidang politik oleh individu bijak yang mempunyai sistem nilai yang mulia, berjiwa besar dan sahsiah yang terpuji.
Memorial Tun Abdul Razak seharusnya menjadi seumpama Monticello iaitu kediaman Thomas Jefferson, bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) dan pengarang utama pengisytiharan kemerdekaan negara berkenaan yang hari ini menjadi tugu utama mereka yang memilih untuk mengabdikan kehidupan demi kepentingan rakyat.
Jeneral Henry Lee seorang daripada rakan George Washington yang merupakan bekas Presiden AS yang pertama dan panglima besar tentera revolusi semasa perang kemerdekaan menentang Inggeris menyifatkan Washington sebagai ‘pertama dalam perang, pertama dalam keamanan dan pertama dalam sanubari rakyat Amerika.”
Bagi kita rakyat Malaysia amat wajar Allahyarham disifatkan sebagai pertama di dalam perang bersenjata menentang komunisme bagi menyelamatkan kebebasan, pertama di dalam perang bagi memenangi keamanan menentang buta huruf, kejumudan ilmu, kemiskinan dan kefakiran serta pertama di hati sanubari rakyat Malaysia.
Semasa menjadi pelajar pelatih dalam Perkhidmatan Pentadbir Melayu di Kolej Melayu Kuala Kangsar akhir tahun 1930- an beliau telah menulis dalam majalah kolej tersebut;
“Orang-orang Melayu terkenal bangsa yang terkemudian sekali dalam perlumbaan kemajuan di tanah airnya sendiri pada hari ini sedang kekurangan ilmu pengetahuan, kekurangan kuat kuasa dan kekurangan serba-serbinya. Kita hendaklah berlari bukan berjalan merangkak-rangkak balik-balik di situ juga.
“Hasilnya ialah berat tanggungan belia- belia dan pemuda-pemuda kerana kepadanyalah tersandar kehidupan maruah bangsanya yang kucar-kacir pada masa ini. Mari kita belajar bersama-sama dan kita hidupkan perasaan berbantu-bantuan sementara ada masa lagi. Mudah-mudahan jadilah kita orang yang tegap dan kuat memikul beban yang berat yang akan kita tanggung kelak adanya.”
Dalam satu lagi tulisan di dalam bahasa Inggeris beliau mempamerkan idealismenya sebagai seorang anak muda yang tidak bersetuju dengan teras falsafah bahawa yang kuat itulah kudrat sebaliknya menyokong kedaulatan undang-undang di peringkat global. Terjemahannya;
“Masalah dunia yang ada hari ini adalah disebabkan konflik di antara manusia dan dirinya. Setiap individu perlu menguasai dirinya terlebih dahulu sebelum keamanan abadi boleh wujud di dalam dunia.
Sepatutnya terdapat perpaduan dunia di mana hukum yang kuat maka dialah kudrat telah dimansuhkan dan digantikan dengan kedaulatan undang-undang. Liga Bangsa- Bangsa merupakan percubaan untuk mempersekutukan dunia tetapi malangnya ia gagal.
“Perang yang sedang berlangsung antara Britain dan Jerman adalah konflik yang berasaskan prinsip. Hasil peperangan akan menunjukkan sama ada hukum kudrat atau kedaulatan undang-undang akan wujud di muka bumi.
Great Britain sedang berusaha agar Jerman tidak akan mendominasi dunia secara kekerasan. Mereka sedang berperang demi keamanan dunia agar Jerman akan dikalahkan dan seterusnya wujud keamanan yang berkekalan.”
Sebagai seorang pelajar yang pintar beliau telah berjaya menamatkan pengajian undang-undang di Lincoln’s Inn dalam masa hanya 18 bulan.
Dengan kecemerlangan akademik dan latar belakang keluarga bangsawan beliau boleh memilih untuk membina karier guaman di sektor swasta serta beroleh pendapatan yang lumayan namun dengan kelulusan yang diperoleh, beliau telah memilih untuk berkhidmat sebagai penjawat awam dengan kerajaan negeri Pahang sehinggalah beliau meletakkan jawatan untuk bertanding dalam pilihan raya umum 1955 di bawah tiket Parti Perikatan.
Setelah menang di dalam pilihan raya umum pertama bagi memilih majoriti ahli-ahli Majlis Perundangan Persekutuan beliau telah dilantik sebagai Menteri Pelajaran negara yang pertama.
Sebagai Menteri Pelajaran beliau telah berjaya menggubal dasar bagi mewujudkan sistem pelajaran kebangsaan yang seterusnya merupakan landasan asas kepada perpaduan kebangsaan.
Apabila negara memperoleh kemerdekaan Allahyarham telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan. Di dalam kapasitinya sebagai Menteri Pertahanan beliau telah berjaya membawa keamanan dengan menamatkan darurat pada bulan Julai 1960.
Setahun sebelum tamat darurat beliau telah diamanahkan untuk mengetuai kementerian baru di samping portfolio yang sedia ada, beliau telah dilantik sebagai Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar.
Setelah berjaya meletakkan asas perpaduan kebangsaan melalui dasar pelajaran negara yang pertama dan memimpin usaha menamatkan darurat dengan mengalahkan pengganas komunis beliau telah diamanahkan pula untuk memenangi keamanan dengan memerangi kemiskinan dan kefakiran.
Allahyarham telah memberikan komitmen yang sepenuhnya untuk usaha murni ini berjaya, melalui inisiatif buku merah, pembukaan tanah rancangan Felda, penubuhan Felcra dan Risda kehidupan rakyat terutama penghuni desa bertambah cerah.
Beliau bukan sahaja merancang tetapi juga mengawasi pelaksanaan inisiatifnya melalui penubuhan bilik gerakan di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah. Allahyarham menyifatkan rangkaian bilik gerakan ini sebagai berperanan ‘mengesan tempat-tempat di mana nadi pembangunan telah terhenti denyutannya, semoga halang lintangnya dapat dicari dan salah silapnya diperbetulkan segera’.


0 Komen
Post a Comment