DUN MACHAP, MELAKA ~ DAP terbang tanpa PAS…. Adil macammana?

Pilihanraya Kecil DUN Machap, Melaka pasti bakal berlaku tidak lama lagi. Siapa calon BN dalam pilihanraya tersebut, bukan persoalannya. Yang pasti calon BN ialah dari MCA tetapi bagaimana pula dengan pakatan pembangkang.

Adakah pembangkang terutama Pas akan sekali memboikot pilihanraya, sebagaimana yang mereka buat di Batu Talam, penghujung Januari lalu. Bukannya apa, buat malu jer ‘tempelak’ di seluruh Negara, Pas akan boikot pilihanraya tetapi dalam masa yang sama buat ceramah di Batu Talam…. Tajuknya ‘Mari Boikot Pilihanraya’.

Isi ceramahnya sama sahaja. Bertanding ke, boikot ker, sama sahaja nada Pas nie. Maka tak hairanlah aku kalau di Machap nie, mereka akan buat benda yang sama walaupun Pengarah Pilihanraya Pas Pusat, Datuk Mustapha Ali telah mengumumkan bahawa Pas membayangkan untuk memboikot Pilihanraya Kecil DUN Machap dan memberikan peluang kepada DAP untuk bertanding, dan dalam masa yang sama tidak akan membantu calon pembangkang di situ.

Tetapi pendirian akan dikaji semula sama ada wujud pertandingan atau sebaliknya. Pas tidak akan bertanding kerana kawasan berkenaan bukan milik Pas, sebaliknya milik DAP.

Tapi bagaimana pula dengan KeADILan? Adakah mereka nak mendiamkan diri, tidakkah mereka berhasrat untuk bertanding di kerusi berkenaan ataupun kalau tidak bertanding, adakah mereka juga akan mendiamkan dan tidak membantu calon DAP.

Tetapi kalau KeADILan bertanding, bagaimana pula dengan Pas, adakah mereka akan membantu calon ADIL untuk bertanding di kerusi Machap. Semuanya akan menjadi teka teki.... Yang pasti, DAP bakal terbang tanpa sokongan Pas dan juga ADIL untuk rampas kerusi Machap....
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment