Sesungguhnya Raizan Abd Rahman, bertuah kerana bukan sahaja mempunyai ayah yang bertanggungjawab, ibu yang menyayangi, keluarga yang memahami malah mempunyai seorang pengetua dan guru-guru sekolah yang cukup prihatin, penyayang malah bertanggungjawab penuh dalam memastikan kejayaan Raizan memperolehi keputusan yang cemerlang, 7A dan 3B dalam SPM 2006.
Muhamad Raizan Ab. Rahman, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Utama menjadikan kecacatan dialami sejak lahir sebagai pendorong sehingga berjaya mencatat keputusan 7A dalam peperiksaan SPM yang diumumkan kelmarin.
Kesungguhan Raizan serta pengorbanan ibu-bapanya menarik perhatian Pergerakan Pemuda UMNO untuk terus membantu Raizan dalam segala keperluannya, agar cita-cita dan impiannya untuk menjadi pensyarah pada satu hari nanti, akan menjadi realiti.
Pemuda UMNO yang diwakili Harrison Hassan, Timbalan Pengerusi Biro Pendidikan Pemuda yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO bahagian Subang, cukup tersentuh dengan semangat dan komitmen yang ditunjukkan oleh Raizan yang bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan seperti pelajar cemerlang sempurna yang lain.
Bagi Harrison, kejayaan Adik Raizan itu membuktikan kecacatan mahu pun kemiskinan bukanlah penghalang kepada seseorang pelajar untuk mendapat keputusan yang cemerlang di dalam bidang pendidikan. Apa yang penting adalah kesungguhan seperti yang ditunjukkan oleh adik Raizan ini. Biar pun tidak sempurna seperti insan-insan lain, beliau tetap menaruh harapan yang begitu tinggi untuk mencapai kejayaan.
Pergerakan Pemuda UMNO bersedia untuk membantu permohonan kemasukan Raizan dan abang kembarnya, Raizad yang memperolehi 9A dalam SPM lalu, ke Intitusi pengajian Tinggi (IPT) selepas ini.
potensi yang ada pada adik Raizan tidak seharusnya disia-siakan terutama untuk beliau mencapai kecemerlangan ke peringkat seterusnya dalam bidang yang akan diceburi pada masa akan datang.
Kita tahu hari ini terdapat ramai pelajar cemerlang tetapi keistimewaan adik Raizan ini adalah kerana beliau seorang pelajar istimewa yang turut sama mencapai kecemerlangan dan ini adalah kebanggaan kita semua.
Raizan ada formula sendiri …..
Tidak ada formula tetapi pengorbanan ibu bapa, guru dan rakan-rakan memastikan saya boleh belajar seperti pelajar normal lain, semua membakar semangat saya untuk lulus cemerlang. Ayah akan menghantar saya sehingga ke bangunan sekolah, kemudian rakan-rakan membantu naik tangga masuk kelas dan begitu juga jika perlu ke makmal semuanya dibantu oleh rakan. Ibu pula tidak pernah jemu menjaga saya. Selama lima tahun saya melihat semua orang di sekolah membantu saya tanpa banyak soal.


8:06 PM
bTmc ghd hair straightener
yWhw ugg boots sale uk
yZyk michael kors sale
6jCow GHD Hair Straightener
7wKpp burberry outlet
7dByv bottes ugg pas cher
7tHaz ghd nz sale
8rJxs louis vuitton shoes
9zHxk michael kors bags
3kRht ghd hair products
6xTxz ugg uk
9tLel wholesale nfl jerseys
8gBcb michael kors handbags
2hLyb ghd
7tEcq ugg boots