Nadiah Amirah Jamil yang dilantik sebagai Duta Akademik Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) berjanji mencurahkan segala pengalaman dan pengetahuannya bagi membantu lebih ramai pelajar mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.Pelajar pintar itu juga berazam untuk menjadikan peranannya sebagai duta pertubuhan itu bagi berkongsi segala formula pembelajaran yang membantunya mendapat keputusan 18A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2006.
Sambil menyifatkan pelantikan itu sebagai tugas yang murni, Nadiah Amirah, 18, berkata, dia mahu pelajar-pelajar lain di negara ini meletakkan matlamat yang tinggi untuk berjaya dalam pelajaran.
“Saya berterima kasih kepada GPMS di atas pelantikan ini, saya akan menguatkan azam untuk berkongsi pengetahuan dengan pelajar-pelajar lain untuk sama-sama mengecapi kejayaan. “Apa yang penting, saya mahu membantu dalam mendorong mereka untuk berjaya,” katanya ketika ditemui selepas menerima watikah pelantikan sebagai Duta Akademik GPMS daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad BadawiNadiah Amirah berkata, dia akan menumpukan sepenuh perhatian bagi menjayakan penjelajahannya ke seluruh negara bersama GPMS bermula 27 Mac ini untuk bertemu dan berkongsi resipi kejayaan dengan pelajar lain.
Dia dan keluarga berterima kasih kepada GPMS kerana memberi peluang kepadanya untuk terlibat sama dalam usaha membangunkan pendidikan negara khususnya di kalangan anak-anak Melayu


0 Komen
Post a Comment