MANA PELAJAR CEMERLANG 19A1 ~ Siapa yang Harus Di Persalahkan?

Hai…. Apa lagi yang nak dikatakan. Heboh satu Malaya, Nadiah Amirah Jamil, dari Rengit, Johor akan memecahkan rekod Amelia, pelajar terbaik yang mendapat 17A1.


Nadiah dilaporkan oleh Utusan Malaysia, dikatakan mendapat 19A1, namun apa yang dilaporkan dan tindakan penduduk di Rengit memasang banting bagi menyambut kejayaan Nadiah, hanya menjadi igauan semata-mata.

Nadiah tidak boleh disalahkan, tetapi mereka yang menjadi ‘mulut tempayan’ hingga tersebarnya berita ‘karut-marut’ ini yang harus disalahkan, malah kalau orang tersebut berada di Kementerian Pelajaran sendiri, hendaklah diambil tindakan tegas agar perkara yang sama tidak berulang.

Siapa yang MALU? Nadiah, ibu-bapanya, atau masyarakat setempat yang terlalu ghairah dengan berita yang tidak ada hujung pangkalnya. Yang pastinya, MELAYU juga yang malu.

Tapi nasi sudah menjadi bubur. Apa yang dah berlaku, biarlah berlaku namun jangan sampai ia akan memberi kesan yang mendalam pada diri adik Nadiah Amirah ini, kerana kejayaan mendapat 19A1 bukanlah kayu pengukur untuk kejayaan di masa hadapan.

Walaupun dikatakan Nadiah dan keluarganya bersyukur walaupun tidak memperoleh semua 1A dalam 19 mata pelajaran yang diambilnya pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), namun sedikit sebanyak, ada kesan dalam jiwanya…. Malah sebelum ini ada ura-ura Nadiah sendiri akan menerbitkan dua buah buku untuk dijadikan panduan buat pelajar-pelajar lain, namun apa kesudahannya…. Jadi terbitkan atau tinggal angan-angan.




`Jangan lapor sebelum mendapat pengesahan’- Dato’ Sri Hishammuddin

”... pihak-pihak berkenaan jangan percaya... dengan begitu mudah. Saya telah tahu awal lagi, tetapi terikat dengan pegangan dan amanah. Di mana kita tidak boleh mengiyakannya atau menidakkannya. Sebab itu saya begitu sedih, bila apa yang diperkatakan itu tidak menjadi kenyataan. Yang menjadi mangsa, adalah pelajar berkenaan dan keluarganya. 18A... memang cukup hebatlah tu, tetapi kita dah bercerita pelajar berkenaan mendapat 19A1. Satu A kurang pun menjadi satu kekecewaan bagi mereka, ini menjadi satu pengajaran bagi semua, kerana yang tahu hanya pihak lembaga dan majlis peperiksaan .....” – Warta Perdana TV1, 12 Mac 2007
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment