PEMUDA PRIHATIN- Bantu Hafizuddin yang menghidap penyakit Cerebral Palsy-Brain Damage

Nasib yang menimpa keluarga Hj Mohd Yusof Mohd, mendapat perhatian Pemuda UMNO apabila tampil membantu anaknya, Mohd Hafizuddin Mohd Yusof, 6 tahun yang menghidap penyakit Cerebral Palsy-Brain Damage.

Bantuan berupa peralatan Nebulizer dan Portabele Suctin Pump diserahkan oleh Pengerusi Biro Pengaduan Awam dan Hal Ehwal Pengguna, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Subahan Kamal kepada keluarga terbabit di Pejabat Pemuda UMNO.

Datuk Subahan Kamal berkata, alat tersebut amat diperlukan oleh adik Mohd Hafizuddin bagi memudahkan beliau untuk bernafas dengan selesa selain mengeluarkan kahak. Penyakit yang dialami oleh adik Mohd Hazuddin itu dikesan sejak kecil dan doktor pakar mengesahkan beliau tidak dapat pulih seperti sediakala sebagaimana kanak-kanak yang lain.

Pemuda UMNO akan terus berusaha untuk membantu menyediakan keperluan lain yang diperlukan oleh adik Mohd Hafizuddin termasuk sebuah kerusi khas. Kita akan cuba dapatkan bantuan daripada Kementerian kesihatan menerusi Tabung Penyakit Kebangsaan (TPK).
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment