Pendaftaran Online Ke IPTA - GPMS Bimbang Jejas Peluang Pelajar Pedalaman


Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) bimbang dengan cadangan Kementerian Pengajian Tinggi mewajibkan pendaftaran ke institusi pengajian tinggi awam secara online kerana ini akan menjejas peluang pelajar luar bandar dan pedalaman untuk mendapat tempat.

Ia juga menggesa kementerian itu menangguhkan pelaksanaannya.

Presidennya Reezal Merican Naina Merican berkata kementerian berkenaan perlu mengambil kira kemudahan internet di luar bandar terutamanya kawasan pedalaman yang masih kurang memuaskan.

"Sistem ini patut dijadikan sistem alternatif kepada sistem pendaftaran lama (kaedah manual atau borang) terutamanya untuk pelajar pedalaman," katanya kepada Bernama bagi mengulas kenyataan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapa Mohamad bahawa semua pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai sesi 2008/2009 diwajibkan membuat permohonan masuk ke IPTA secara online.

Melalui aplikasi secara online itu, pemohon hanya perlu menghantar satu permohonan dalam masa 10 hari selepas keputusan peperiksaan diumumkan.

Timbalan Presiden GPMS Syed Anuar Syed Muhammad pula berkata berkata beliau tidak yakin dengan kapasiti kemudahan internet terutamanya di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

"Kita sedar sistem berkenaan telah digunakan untuk kemasukan pelajar-pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia tapi bilangan pelajarnya jauh lebih rendah daripada pelajar SPM untuk satu-satu tahun," katanya.

Syed Anuar mencadangkan supaya kementerian menangguhkan pelaksanaan sistem berkenaan sekurang-kurangnya sehingga tahun 2010 sehingga infrastruktur internet diperluaskan seperti yang dirancangkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. setuju sgt tu! bkn semua pelajar yg duk luar bandar blh surf internet...

Post a Comment