Calon BN di Pilihanraya Kecil Machap, Lai Meng Chong memastikan BN terus menduduki kerusi Machap selepas menewaskan calon DAP, Liou Chen Kuang dengan majoriti 4,081 undi.Meng Chong memenangi kerusi DUN itu setelah meraih 5,533 undi sementara Chen Kuang hanya memperoleh 1,452 undi.
Sebanyak 74.35 peratus daripada 9,623 pemilih berdaftar di kawasan DUN itu keluar mengundi mulai pukul 8 pagi hingga pukul 5 petang di lapan pusat yang menyediakan 19 saluran mengundi.
Tahniah buat Meng Chong kerana menang kerusi Machap, tahniah juga buat Chen Kuang kerana beliau tidak hilang wang pertaruhan dalam pilihanraya ini.
Buat Meng Chong, teruslah berbakti kepada masyarakat Machap, khususnya para pendungi sebagaimana sebelum ini. Jika sebelum bergelar YB, Meng Chong sentiasa turun padang mendengar masalah rakyat, kini dah bergelar YB …. Yang Berkhidmat ….. kenalah lebih baik sebelum bergelar YB dulu…..


0 Komen
Post a Comment