Belum pun merasai kehangatan pilihanraya kecil di Machap, Melaka, BN sekali lagi menerima tamparan kerana terpaksa pula ‘berperang’ di Ijok, Kuala Selangor selepas Datuk K Sivalingam, ADUN Ijok yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perpaduan dan Pekerja Ladang Selangor meninggal dunia akibat sakit jantung di Chennai, India, 4 April lalu.
Ijok merupakan kawasan majoriti pengundi Melayu (50.6%), India(28%) dan pengundi Cina(20.9%).
Apa lagi yang boleh dikatakan, apa lagi yang nak diimpikan, habis sahaja pilihanraya kecil Machap nie, jentera Pemuda BN terpaksalah pula bersiap-sedia untuk menghadapai siapa sahaja calon dari parti pembangkang untuk pilihanraya kecil Ijok pula.
Ketua Pemuda Selangor, Abdul Shukor Idrus berkata, pergerakan itu tidak menghadapi sebarang masalah untuk berdepan dengan mana-mana parti pembangkang yang akan bertanding dan yakin mampu membantu Barisan Nasional (BN) untuk terus kekal di kawasan tersebut.
Meskipun ketika ini jentera Pemuda negeri sibuk membantu jentera BN di Machap, pilihan raya kecil DUN Ijok tetap diberi perhatian sepenuhnya bagi memastikan kemenangan dengan majoriti berganda kelak.

0 Komen
Post a Comment