Oleh: BAKHARI ARIFF
PADA tahun 2001, Tan Sri Musa Mohamad, Menteri Pendidikan waktu itu membuat satu keputusan dasar penting mengenai pilihan raya kampus iaitu pertama, semua pertandingan mestilah secara individu, tidak lagi menggunakan sistem parti dan kedua, dilakukan secara serentak di seluruh institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Dasar berkenaan masih lagi diamalkan sehingga sekarang.
Kelmarin merupakan tarikh untuk penamaan calon, manakala pembuangan undi bagi pilihan raya kampus untuk pemilihan wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) akan berlangsung serentak pada 2 Oktober ini.
Rasionalnya dasar berkenaan supaya pelajar di universiti tidak lagi dikongkong oleh pengaruh politik kepartian yang dicirikan pertandingan secara berkumpulan dan dibiayai parti politik di luar untuk poster dan perbelanjaan untuk jentera kempen.
Musa tidak mahu ada indoktrinasi parti pembangkang atau sebaliknya dan seterusnya pelajar itu dengan segala kebijaksanaannya mewujudkan kaedah berpolitik dalam alam universiti secara sendiri. Mahasiswa sepatutnya menawarkan model berpolitik kepada masyarakat luar, dan bukan sebaliknya.
Politik pelajar pada tahun 2001 dan tahun sebelumnya khususnya di universiti tua seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) sepanas suasana politik di luar kampus, ekoran krisis politik dalam negara ekoran pemecatan seorang pemimpin politik.
Dalam satu kajian oleh penyelidik muda iaitu Syamsul Anuar Ismail, Muhd Afifi Abdul Razak, Mohd. Dino Khairi, Rusdi Omar dan diketuai oleh Dekan Fakulti Pengajian Antarabangsa UUM, Prof Madya Dr. Mohamed Mustafa Ishak mengenai perlakuan pengundi mahasiswa IPTA dalam pilihan raya kampus pada tahun 2005 mendapati; rata-rata mahasiswa sudah kembali kepada parti kerajaan, berbanding dengan tahun sebelum itu.
Dalam kira-kira responden 3,000 pelajar, 67.7 peratus mereka menjawab tidak berminat untuk menyertai pertubuhan politik walaupun dibenarkan. Namun, apabila ditanya pertubuhan politik mana yang akan disertai, 75.8 peratus memilih parti kerajaan.
Dua kesimpulan boleh diperhatikan dalam soalan itu iaitu pelajar secara umumnya sudah tidak berminat berpolitik partisan dan keduanya rata-rata mahasiswa kini bersama dengan parti kerajaan. Dalam sesetengah universiti seperti UUM, pertandingan berbentuk label parti Pas atau UMNO tidak lagi berlaku. Akan tetapi kerana masih ada sesetengah pihak yang terus mahu mewujudkan kumpulan termasuk dikatakan menyalurkan sedikit dana, maka pertandingan masih lagi berlaku dalam kerangka lama.
Perlukah lagi Kementerian Pengajian Tinggi, Pemuda UMNO, Pemuda Pas atau DAP untuk campur tangan dalam pemilihan calon pilihan raya kampus, jika situasi pertandingan terutamanya di kampus yang tidak ada tersurat atau tersirat UMNO-Pas dalam kampus?
Kecenderungan
“Politik kampus melibatkan warga kampus sebagai rakyat. Politik negara pula membabitkan rakyat keseluruhan. Secara idealnya, ia suatu platform sama ada sebagai simulasi atau penglibatan awal individu. Namun, berdasarkan pengalaman saya, ada kecenderungan kedua-dua parti politik berkenaan menggunakan pemimpin kampus tanpa tanggungjawab,” kata Rozman Ab. Kadir, bekas Presiden MPP UPM pada tahun 1990, sambil menambah:
“Soal wajar atau tidak wajar parti politik berkenaan masuk campur dalam pilihan raya kampus bergantung kepada keikhlasan parti politik berkenaan hendak bertindak sebagai mentor atau melihat pemimpin kampus sebagai instrumen.”
Kenyataan Rozman itu menunjukkan sejak tahun 1990-an lagi sudah berlaku persaingan merebut kuasa kepemimpinan pelajar sama ada oleh Pas atau UMNO. Cuma payung parti mereka dalam kampus berbeza-beza, sama ada melalui Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) atau persatuan yang pro-HEP yang akan dikaitkan dengan Pro-UMNO.
Malah, jika sejarah awal gerakan pelajar di kampus seperti ditulis dalam kitab terkenal gerakan pelajar seperti karya Muhamad Abu Bakar (1973) bertajuk Mahasiswa Menggugat memperlihatkan pada waktu itu persatuan seperti Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya, Persatuan Bahasa Melayu dan Kelab Sosialis begitu peka dengan masalah masyarakat.
Dari satu segi lain, gerakan pelajar waktu itu juga memperlihatkan politik dunia pada waktu itu berada dalam transisi, iaitu meningkatkannya kesedaran sosialisme dan semangat anak muda untuk bersikap antikerajaan yang dicirikan dengan demonstrasi jalanan.
Namun, berbeza dengan cara berfikir Tun Dr. Mahathir Mohamad seperti diceritakan sendiri dalam bukunya Kebangkitan Asia iaitu beliau ketika belajar di universiti Singapura turut juga menyertai persatuan, tetapi perjuangannya untuk meningkatkan akademik pelajar, khususnya pelajar Melayu.
Ini memberi gambaran kepada dua cara perjuangan yang mungkin boleh menjadi landasan untuk mahasiswa dalam kampus meneruskannya, iaitu sama ada menggalakkan retorik dan demonstrasi jalanan atau berpersatuan dalam membantu negara untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Misalnya dalam peristiwa kononnya berlaku kelaparan bermaharajalela di Baling pada 1971, ada dua kumpulan muncul. Kumpulan pertama berpidato mengkritik kerajaan sambil mengadakan demonstrasi jalanan, dan kumpulan satu lagi membantu anak-anak Baling menyertai kelas tuisyen.
Presiden MPP Universiti Utara Malaysia (UUM) sesi lalu, Idzuafi Hadi Kamilan berpendapat kewujudan parti politik luar untuk mempengaruhi kepemimpinan mahasiswa adalah perkara lumrah.
“Jika ada campur tangan, biarlah ia dibuat tanpa dibentuk secara sengaja atau diorganisasikan. Biar ia datang dalam keadaan semula jadi kerana semangat politik luar itu boleh menjadi pemangkin. Janganlah ia mengepalai pemikiran MPP hingga tandus atau tertalkin idealisme mahasiswa itu sendiri,” katanya yang mengambil jurusan Undang-Undang di universiti berkenaan.
Hadi masih lagi menghalalkan campur tangan parti politik di luar untuk menentukan hala tuju kepemimpinan mahasiswa. Adakah langkah ini baik kepada mahasiswa?
Walaupun ada kebaikan sistem berparti dalam merangsang fikiran pelajar IPTA dan memulihkan minat, tetapi kesan lainnya ia akan mengheret pihak lain yang ada kepentingan politik tertentu untuk masuk campur.
Dalam kes serbuan pegawai keselamatan UPM terhadap seorang pelajar Persatuan Bahasa Tionghua (PBT), Yee Yang Yang bukan sedikit pihak luar campur tangan dalam kampus.
Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang, pemimpin DAP, Ronnie Liu dan beberapa pertubuhan yang belum dipastikan pertubuhan halal atau haram seperti Dema dan Gamis turut memainkan peranan mendesak pihak UPM mengambil tindakan terhadap pengawal keselamatan.
Jika pelajar meminta pertolongan pihak luar, maka politik kampus akan terus dicemari dengan campur tangan pihak parti politik di luar dan ini tidak berbeza dengan parti pemerintah yang juga masuk campur dalam menentukan pemimpin.
Dari satu segi lain, mahasiswa universiti luar negara, misalnya, terus dibenarkan untuk menjadi ahli Kelab UMNO sedangkan mahasiswa di negara ini tidak boleh? Malah, pelajar berkenaan dipercayai dibayar tambang penerbangan dan penginapan untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO di PWTC setiap tahun.
Inilah sebabnya realiti politik kampus sekarang ini perlu diperhatikan sama ada mahu melaksanakan semangat dasar Musa pada tahun 2001 iaitu membebaskan kampus daripada pengaruh politik luar sama ada UMNO atau Pas, atau mungkin elok juga difikirkan untuk terus membenarkan parti politik masuk campur secara halal dalam kampus.
* BAKHARI ARIFF ialah pelajar Sarjana Sains Politik Universiti Utara Malaysia (UUM). ---- Yang lebih penting, Bakhari Ariff atau lebih dikenali sebagai Kori jugalah yang telah menjebakkan aku ke dalam dunia kewartawanan. Ketika itu, dia wartawan di Berita Harian. Beliau juga seorang yang komited terhadap perjuangan ilmu dan pernah bersama-sama dalam Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung *

4:17 PM
http://www.cafb29b24.org/docs/buyativan/#drug ativan klonopin together - lorazepam 1mg high