Pilihanraya Kampus: Tahniah kepada yang bertanding

Pilihanraya kampus 2007/2008 sudah di penghujungnya. Aku nak ambil kesempatan ini, mengucapkan tahniah kepada semua yang bertanding, tidak kiralah proaspirasi yang kononnya ditaja oleh pihak kerajaan ataupun pro-mahasiswa yang dikatakan mirip kepada pembangkang.

Pilihanraya kampus kali ini menyaksikan saingan sengit antara kumpulan 'pro-establishment' (Aspirasi) yang dikaitkan dengan Umno dengan kumpulan 'anti-establishment' (pro-mahasiswa) yang dikaitkan dengan pembangkang. Tahniah kepada mereka yang bertanding kerana berani menunjukkan kebolehan dan kewibawaan mereka untuk memimpin, tidak kiralah mereka menang ataupun tewas.

Orang yang bertanding adalah orang yang berani dan tidak takut gagal, seharusnya diberikan peluang dan ruang untuk menunjukkan kebolehan dan kewibawaan mereka, kerana merelah yang bakal mencorakkan kepimpinan negara di masa hadapan.

Bagi akulah, tidak kira siapa termasuk ahli-ahli GPMS yang menuntut di universiti awam atau swasta, mereka harus diberikan kebebasan dan peluang untuk menyokong calon pilihan mereka dengan syarat, pilihan mereka tersebut benar-benar berkaliber dan mampu memperjuangkan kebajikan pelajar-pelajar dan penyokong mereka selepas menang kelak.

Kita nak latih bakal pemimpin masa depan dan pilihanraya kampus ini juga merupakan medan awal kepada bakal pemimpin ini menunjukkan kebolehan mereka, agar mereka tidak kekok dan memahami arah tuju perjuangan mereka di masa hadapan.

GPMS - walaupun menyokong kerajaan yang memerintah- tetapi GPMS tidak sama sekali mengeluarkan arahan kepada ahli GPMS mesti menyokong atau mengundi calon pro-Aspirasi dalam pilihanraya kampus baru-baru ini.

Sehubungan dengan itu, jangan ada lagi pihak-pihak yang menabur fitnah dan tuduhan bahawa GPMS telah mengeluarkan arahan kepada ahlinya untuk bertindak menyokong pro-aspirasi atau sebaliknya.Mereka bebas memilih calon mereka, kebebasan tersebut bagi membolehkan mereka menjadi pelajar yang matang dan pemimpin berwawasan apabila tamat pengajian nanti.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment