Aku kurang bersetuju dengan kenyataan TPM hari ini, bahawa penubuhan Parti Bersatu India Malaysia oleh Datuk Nallakaruppan memberi gambaran PKR kini berhadapan dengan masalah dalaman yang mampu menggugat keutuhan parti tersebut.
Menurut TPM, mungkin ada masalah dalaman yang besar dalam Parti Keadilan, sebab itulah Datuk Nalla tidak bersama lagi dalam Keadilan dan mengambil keputusan untuk menubuhkan partinya sendiri.
Bagi aku, pembangkang tetap pembangkang. Mereka cukup hebat berlakon, bersandiwara untuk mengaburkan mata, hati dan telinga ahli UMNO dan BN…Kononnya mereka sudah tidak bersama lagi.
Bukan sahaja Nalla, Ezam juga mempunyai sandiwaranya tersendiri. Bayangkanlah ‘azab’ yang diterimanya ketika berjuang untuk membebaska Anwar Ibrahim… kini DSAI dah bebas, takkan senang-senang sahaja dia meninggalkan ‘idola’nya itu.
Jangan mudah terpengaruh dan yakin pakatan pembangkang sudah rapuh. Tetapi kita perlu memperkukuhkan benteng dan memperkuatkan jentera serangan agar pada pilihanraya umum nanti, BN dan UMNO tidak tertipu dengan sandiwara yang dicipta oleh Keadilan. Hakikat sebenarnya, Nalla hendak menarik sokongan kaum India khususnya dari golongan yang ‘tidak sebulu dengan MIC’ untuk menyokongnya dan secara halus menyokong pakatan pembangkang yang akan dibina tidak lama lagi


0 Komen
Post a Comment