Kementerian Pelajaran akan menempatkan guru sekolah di penjara bagi membolehkan banduan yang berumur 21 tahun ke bawah mendapat pendidikan formal. Di bawah program khas kerjasama Kementerian Pelajaran dengan Jabatan Penjara, banduan juga dibenarkan menduduki peperiksaan awam.
Menteri Pelajaran, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata , di bawah program itu, para guru akan dihantar ke penjara bagi mengajar banduan terbabit. Bagaimanapun ia tidak membabitkan semua penjara kerana ia membabitkan keperluan asas antaranya bilik darjah dan perpustakaan
".......Pendekatan kita adalah untuk memberi akses kepada semua termasuk banduan-banduan dan mereka yang ditahan. Jadi inilah kelebihan PIPP yang ada apabila kita kata bahawa kita nak berikan akses kepada semua, bukan sahaja kepada mereka yang berada di luar sistem penjara tetapi yang menjadi penjenayah dan banduan pun kita tak pernah putus asa untuk memberikan mereka peluang (menyambung pelajaran)......" – DS Hishammuddin Hussein
Sebelum ini tugas mengajar banduan yang ingin menduduki peperiksaan di penjara dilakukan oleh Badan NGO.

0 Komen
Post a Comment