TINDAKAN HINDRAF MELAMPAU- PM

Tindakan Hindraf, satu tindakan yang melampau. Tindakan Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang mendakwa kerajaan Malaysia melakukan penghapusan etnik adalah tuduhan dan pembohongan yang tidak berasas itu boleh menimbulkan kebencian di kalangan rakyat dan menyebabkan perbalahan kaum.

Hindraf mempunyai niat yang tidak baik apabila melakukan banyak pembohongan dan cuba memperdaya kaum India bahawa mereka golongan yang ditindas dengan mendakwa berlaku penghapusan etnik di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, penghapusan etnik ini seperti berlaku di Bosnia apabila pihak Serbia sentiasa menyerang dan membuat segalanya-galanya supaya orang Bosnia itu tidak wujud lagi, tetapi kita tidak lakukan perkara itu.

Abdullah yang turut kesal dengan tindakan Hindraf membuat aduan mengenai kaum India di Malaysia kepada kerajaan United Kingdom, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pihak antarabangsa lain, berkata, ia semata-mata untuk menimbulkan keadaan yang tidak tenteram dan perbalahan antara kaum.

Beliau berkata, Hindraf cuba hendak memperdaya kaum India yang telah bersama-sama hidup aman dengan kaum lain dan membantu kerajaan membangun dan memakmurkan negara ini.

“50 tahun kita merdeka, tidak pernah kita ada apa-apapun hingga tidak ada berbalahan dengan orang India, orang India telah memainkan peranan mereka menjadi penyokong kuat kepada kerajaan Malaysia dan Barisan Nasional (BN), tentu sekali mereka tahu kerajaan bersikap adil dan saksama,”- Abdullah Ahmad Badawi
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    10:23 AM

    Pemberitahuan PM tidak langsung masuk akal.

    Kerajaan TIDAK BOLEH menyembunyikan suara orang ramai yang hendak memberitahu hal sebenar berlaku di Malaysia.

    Manusia bukan bodoh sangat sampai kerajaan boleh memperbodohkan mereka.

    Kerajaan itu adalah jentera yang dibawa oleh manusia. Kerajaan itu bukan TUHAN untuk orang ramai sembayang padanya.

Post a Comment