Pergerakan Pemuda UMNO mendesak Pemangku Presiden Parti Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon segera memberi penjelasan berhubung kenyataan Naib Ketua Pemuda Parti Gerakan, S. Paranjothy yang mendakwa UMNO adalah salah satu punca mengapa kaum India terpinggir.
Ketua Pemuda UMNO, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan, sekiranya penjelasan tersebut gagal diberi atau tidak memuaskan, tidak mustahil hubungan Pemuda UMNO serta Barisan Nasional (BN) dengan Parti Gerakan akan putus.
Menurut Hishammuddin, menjadi tanggungjawab pucuk pimpinan Gerakan untuk memberikan penjelasan berhubung kenyataan Paranjothy itu. Katanya, walaupun Paranjothy hanyalah pemimpin di peringkat Pemuda dan kenyataannya itu disiarkan di Internet, ia tetap melibatkan barisan kepimpinan parti itu sendiri.
“Buat masa ini kita tidak mengeluarkan sebarang pendirian berbentuk mengutuk dan sebagainya tanpa terlebih dahulu mendapat penjelasan Gerakan kerana bagi BN, apabila timbul isu dari kalangan parti komponen, kita perlu dengar penjelasan. Namun ini bukan bermakna Pemuda UMNO beralah. Sekiranya penjelasan tidak memuaskan, kita sanggup putuskan hubungan. Hal ini bukan main-main. Dalam keadaan sekarang kita memerlukan kepimpinan yang tegas dan jelas bersandarkan perjuangan yang telah diwarisi. Bukan untuk kepentingan agenda sendiri,”.

0 Komen
Post a Comment