Kementerian Pelajaran Malaysia digesa memperkasakan semula mata pelajaran sejarah di kalangan pelajar termasuk memperkenalkannya di peringkat sekolah rendah dan menjadikannya mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan utama. 
Timbalan Presiden, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamad, berkata, ia penting dalam usaha mempertingkatkan semangat patriotisme di kalangan pelajar selain memberikan kefahaman kepada mereka terhadap sejarah tanah air.
Katanya, sudah sampai masanya perkara itu diberikan pertimbangan sewajarnya berikutan pembabitan golongan pelajar dalam anasir negatif termasuk demonstrasi jalanan.
Hal ini berlaku kerana mereka kurang memahami, apatah lagi mahu menghayati sejarah tanah air kerana mereka adalah rakyat yang hidup selepas zaman kesusahan terutama ketika perang dahulu.

Mereka kurang didedahkan dengan sejarah susah payah menuntut kemerdekaan dan membangunkan negara selepas kemerdekaan sehingga membolehkan menikmati sesuatu yang hebat hari ini.
Mengulas mengenai kewajaran mata pelajaran sejarah diperkenalkan di peringkat sekolah rendah, Syed Anuar berkata, murid sekolah rendah perlu diberikan lebih banyak pendedahan khasnya mengenai tokoh-tokoh penting negara sebelum merdeka yang telah meletakkan perpaduan dan bertolak-ansur sebagai fomula teras di dalam memerdekakan Tanah Melayu seperti Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lok dan VT Sambantan.
Beliau juga mencadangkan agar Kajian Sejarah yang kini hanya melibatkan pelajar-pelajar tingkatan satu hingga tiga diperluaskan kepada pelajar-pelajar tingkatan empat hingga enam bagi memberikan peluang seluas-luas kepada mereka untuk membuat kajian serta penyelidikan mengenai fakta-fakta yang mereka pelajari di dalam mata pelajaran sejarah.
Demi memastikan pelajar-pelajar menghayati serta menilai sejarah khasnya yang berkaitan dengan negara, GPMS juga mencadangkan agar Kementerian Pengajian Tinggi mensyaratkan setiap pelajar mestilah lulus di dalam mata pelajaran sejarah sebagai syarat untuk memohon ke IPTA dan menjadikan mata pelajaran sejarah sebagai mata pelajaran wajib di semua IPTA.
Dengan cara ini ini GPMS yakin ia juga akan dapat menyuntik semangat cintakan negara di kalangan pelajar selain memupuk kesedaran yang tinggi agar mereka tidak terjebak dengan gejala yang merugikan dan seterusnya bakal membawa kesan jangka panjang yang sangat positif terhadap golongan pelajar dan generasi muda negara ini.

11:00 AM
Blog2 pembongkar sejarah realiti negara :
1) mistisfiles.blogspot.com
2) riwayatmelayu.blogspot.com
3) lokalgenius.blogspot.com
4) ibnurusydi.blogspot.com