DAMAI MALAYSIA MENYUARAKAN BANTAHAN TERHADAP DEMONSTRASI JALANAN


Demi memastikan keamanan dan kemakmuran negara dapat dikekalkan, Damai Malaysia menyuarakan bantahan terhadap demonstrasi jalanan.


Badan yang dianggotai 360 NGO itu, membantah sekeras-kerasnya perhimpunan haram HINDRAF dan Bersih yang boleh memecah belahkan perpaduan kaum, melalui satu memorandum deklarasi bersama. Deklarasi bersama yang dibentangkan Damai Malaysia menuntut rakyat negara ini menentang sebarang bentuk keganasan yang mengganggu ketenteraman awam.

Pada masa sama, menentang sebarang bentuk agenda yang boleh memecahbelahkan bangsa, agama dan negara, termasuk mengheret kuasa luar untuk mencampuri urusan negara ini. Deklarasi itu dirumuskan pada Forum Khas Damai Malaysia di ibu negara, yang disertai kira-kira 400 wakil NGO.


Menurut Pengerusi Damai Malaysia, Saiful Adil, objektif utama Damai Malaysia, bagi menyuarakan bantahan rakyat terhadap demonstrasi jalanan. Memorandum hasil pembentangan dan kajian yang dibuat oleh semua NGO terlibat akan diserahkan kepada Perdana Menteri, dalam tempoh terdekat.

Turut dibentangkan dalam forum ini, penjelasan mengenai kandungan Perlembagaan Persekutuan oleh Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nor Abdullah. Menurut Datuk Mohd Nor, keamanan dan kesejahteraan rakyat terancam, kerana rakyat sendiri tidak memahami Perlembagaan Persekutuan serta objektif Integriti Nasional.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment