Pendirian bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong campur tangan kerajaan India dalam isu perhimpunan haram Hindu Rights Action Force (Hindraf) disifatkan sebagai perbuatan menjual maruah negara.
Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Azimi Daim berkata, Anwar hari berada dalam keadaan yang cukup terdesak sehingga sanggup bersekongkol dengan mereka yang tidak bertanggungjawab untuk kepentingan beliau.
Dia kini sanggup melakukan apa sahaja termasuk mendapatkan sokongan puak pelampau. Pemuda melihat perjuangan Parti Keadilan sudah jauh terpesong.
Matlamat parti itu yang dicanang sebelum ini untuk membela rakyat jelas palsu belaka.
Tambah Azimi lagi, Anwar kini mula menayangkan agenda tersendiri yang selama ini disembunyikan. "Kita boleh lihat sendiri bagaimana Anwar sanggup merelakan urusan negara dicampuri pihak luar. Dia ada motif tersendiri yang semuanya kerana kepentingan diri dan PKR," ujarnya.
Beliau turut meminta Perdana Menteri, DS Abdullah Ahmad Badawi agar tidak melayan permintaan golongan pelampau Hindraf yang tidak mempunyai hala tuju.
"Kita minta Pak Lah tidak memberi muka kepada mereka. Jika tidak akan muncul pula golongan lain yang mendakwa perkara yang sama.
"Sepatutnya kita memberi tumpuan kepada cara bersaing untuk meningkatkan pendapatan negara dan bukan membanding-bandingkan keistimewaan antara kaum," ujarnya.

0 Komen
Post a Comment