SIAPA DALANG PERHIMPUNAN HARAM?

Pergerakan Pemuda UMNO meminta pihak berkuasa menyiasat siapa sebenarnya dalang di belakang beberapa demonstrasi jalanan yang diadakan di ibu negara sejak kebelakangan ini. Ini kerana kekerapan demonstrasi itu dan keengganan parti pembangkang membuat sebarang pendirian berhubung tindakan Hindu Rights Action Force (Hindraf) dilihat sebagai sesuatu yang tidak berlaku secara kebetulan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dato’ Seri Hishammuddin berkata,

“Ini merupakan tindakan pihak yang terdesak dan tidak bertanggungjawab, yang melihat pilihan raya akan diadakan tidak lama lagi. Jika pihak pembangkang betul-betul tidak terlibat (dengan demonstrasi jalanan), tolak tindakan kumpulan itu kerana jika tidak berbuat demikian tentu ada suatu yang disembunyikan mereka. Jika tidak, masakan wakil DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berada di mahkamah bagi kes peguam-peguam Hindraf jika mereka tidak terlibat. Adakah anda benar-benar bebas jika ada pihak lain yang menjadi dalangnya? . Jika anda terlibat, anda dicemari tindakan mereka. “. -
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment