Tiada Penghapusan Etnik- Haramkan Hindraf

Karpal: Tiada penghapusan etnik

Tidak wujud sebarang penghapusan etnik di negara ini seperti yang didakwa oleh Hindu Rights Action Force (Hindraf), kata Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Beliau berkata, dakwaan Hindraf itu adalah serius dan jika benar be
rlaku demikian, perkara tersebut perlu dirujuk kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Pada pandangan saya, tidak berlaku pembersihan etnik untuk mana-mana kaum di negara ini,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen.

Sehubungan itu, Karpal yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor meminta pemimpin Hindraf, P. Uthayakumar membuat penjelasan umum berhubung dakwaan pembersihan etnik itu.

“Penjelasan beliau amat penting kerana tuduhan mereka (Hindraf) amat serius,” ujarnya.



HARAMKAM HINDRAF- Pembela

Pertubuhan Pembela Islam Malaysia (Pembela) mendesak kerajaan mengharamkan pertubuhan Hindu Rights Action Force (Hindraf) dan mengambil tindakan undang-undang ke atas pemimpinnya bagi mengelak sentimen perkauman.

Pembela turut meminta kerajaan tidak melayan kehendak Hindraf untuk mengadakan sebarang rundingan dan perbincangan.

Pengerusinya, Zainur Zakaria berkata tindakan segera perlu diambil tanpa menunggu keadaan yang lebih teruk berlaku, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


Beliau berkata tindakan Hindraf dan pemimpin mereka khususnya, membangkitkan kebimbangan memandangkan perbuatan serta ancaman mereka untuk beralih kepada penggunaan senjata bukan sahaja menghasut malah boleh dianggap sebagai tindakan menderhaka.

"Hindraf kini berusaha untuk menggunakan tuduhan berniat jahat dan tidak berasas ini bagi meraih sokongan antarabangsa terhadap perjuangan mereka dan menugaskan seorang yang bernama P. Warya Moorty untuk melaksanakan kempen ini," katanya.

Katanya Pembela juga khuatir dengan kenyataan beberapa organisasi yang menyokong ancaman Hindraf kononnya masyarakat India mungkin terpaksa menggunakan senjata dalam mempertahankan hak mereka sekiranya tidak mendapat sebarang perhatian pihak kerajaan.



"Pembela menganggapkan kenyataan seperti itu sebagai tidak bertanggungjawab, lebih-lebih lagi apabila datangnya daripada pertubuhan yang mendesak pihak lain supaya bertindak dalam lingkungan batasan undang-undang," katanya.

Mengenai surat yang dihantar peguam Hindraf kepada kerajaan United Kingdom supaya kerajaan Malaysia dibawa ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa atas dakwaan penghapusan etnik India, Zainur berkata Pembela berpendapat semua dakwaan itu tidak berasas dan hanya akan menimbulkan kemarahan antara masyarakat Melayu dan India serta penganut agama Islam di negara ini.

Pembela merupakan pertubuhan yang dianggotai 80 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam termasuk Angkatan Islam Malaysia (ABIM) dan Persatuan Peguam Syarie Malaysia.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    1:07 PM

    Whats up! You some sort of pro? Nice message. Are you able to tell me the
    right way to subscribe your weblog?

    Also visit my weblog: how to increase chances of getting pregnant

Post a Comment