AMAN Malaysia mensasarkan jumlah kutipan RM200 ribu bagi dimanfaat kepada 1.5 juta rakyat Palestin. Kutipan yang disasarkan ialah untuk membeli bekalan makanan dan ubat-ubatan. – Mukhriz Mahathir
Perikatan Keamanan Rakyat Malaysia (Aman Malaysia) hari ini melancarkan Tabung Kemanusiaan Gaza untuk membantu 1.5 juta rakyat Palestin yang kini terperangkap di Gaza selepas semua pintu sempadannya ditutup rejim Israel sejak Jun lalu.
Penyelarasnya, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata kempen kutipan derma bermula hari ini bertujuan mengumpul bantuan kewangan bagi membeli bekalan makanan dan ubat-ubatan yang diperlukan penduduk Gaza. Mukhriz berkata sumbangan kepada tabung itu boleh dibuat menerusi cek kepada PEACE MALAYSIA dan dialamatkan kepada Blok B-13-D2, Plaza Mont Kiara, No 2, Jalan Kiara, 50480 Kuala Lumpur atau mendeposit cek atau wang tunai ke dalam akaun Peace Malaysia di CIMB 142090007389058.
Beliau yang juga Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa dan Badan Bukan Kerajaan Pemuda Umno berkata bantuan makanan dan perubatan itu akan disalur melalui sempadan Rafah, Mesir, terletak kira-kira 300 km dari Kaherah. Katanya pasukan pertama (logistik) akan bertolak ke Rafah pada 5 Februari ini manakala pasukan utama dengan tujuh anggota Aman Malaysia, termasuk tiga doktor akan berlepas dua hari kemudiannya.

12:40 AM
Pada pandangan peribadi aku, Datuk Mukhriz harus diberikan tempat sebagai calon BN dalam Pilihan Raya Umum akan datang.
Mukhriz ada kebolehan, idea dan mempunyai perwatakan yang menarik, nampak berkeyakinan dan simple.
Kalau lantik dia sebagai Menteri Luar pun bagus, malah bapaknya Tun Mahathir juga lantang dalam memperjuangkan isu-isu antarabangsa nie.
Sekadar pandangan aku yang tak seberapa ini, sebabnya aku orang biasa yang tidak ada apa-apa kepentingan dalam UMNO mahupun BN, hanya Pak Lah sahaja yang boleh tentukan calon-calon BN dalam pilihanraya akan dtg -