SIAP SEDIA- Pemuda BN sudah cukup bersedia untuk menghadapi pilihanraya. - 'Aku dah tak sabar nak pilihanraya. Kau kena buat kerja betul-betul Pie,"..... Mungkin itulah kata-kata Shah, SUK Pemuda BN kepada orang kuatnya, Shafie.
Saudara Kumaresan, Setiausaha Pemuda MIC serta rakan-rakan Setiausaha Kerja Pemuda Kompenan turut membantu mempersiapkan Bilik Gerakan Induk Pemuda BN di Tingkat 28, Menara Dato' Onn.
Bagi memenuhi arahan pucuk pimpinan kepada semua sayap parti supaya bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya, Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) kini melaksanakan operasi 12 jam Bilik Gerakan Induk di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12).
Setiausa Pemuda BN, Datuk Rahman Dahlan berkata, Pengerusi Pemuda BN, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein telah mengarahkan semua Pemuda BN Negeri supaya menubuhkan segera Bilik Gerakan masing-masing di peringkat negeri, Kawasan Parlimen dan Kawasan DUN bagi memenuhi arahan pucuk pimpinan parti, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Bilik Gerakan Induk di PWTC beroperasi akan beroperasi 24 jam sebaik sahaja Parlimen dibubarkan sehingga hari mengundi PRU-12 selesai. Seramai 30 kakitangan dan sukarelawan akan bertugas di bilik gerakan itu.
Bilik Gerakan Induk berfungsi untuk menyusun strategi dan gerak kerja bersepadu untuk Jentera Pemuda BN di seluruh negara. Petugas-petugas juga akan menyediakan nasihat guaman kepada calon-calon Pemuda BN berhubung sebarang persoalan berkaitan peraturan SPR dan hal ehwal perundangan pilihan raya.
Pada masa yang sama, Bilik Gerakan Induk akan membantu calon-calon dan jentera menghadapi isu-isu yang timbul dan perlukan pandangan daripada Pemuda BN Pusat.

Malah Bilik Gerakan Induk juga beroperasi sebagai sumber rujukan data Kawasan Pilihan Raya, data SPR (pemilih, maklumat pilihan raya 2004, maklumat mengenai jentera BN di pelbagai peringkat), serta pusat rujukan dan penyelarasan hal ehwal media Pemuda BN.

0 Komen
Post a Comment