HUBUNGAN RAPUH PAKATAN PEMBANGKANG SEMAKIN KETARA

Pakatan pembangkang kini dilihat semakin rapuh dan kesangsian diantara mereka kini jelas kerana sering tidak sehaluan dalam menyuarakan pandangan masing-masing. Faktor berbezaan adalah asas perjuangan mungkin faktornya.

Terbaru kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengenai Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dianggap bercelaru. PKR juga tidak konsisten dengan kenyataannya dalam pakatan itu, malah ahli poitik menyifatkannya sebagai pakatan hanya di permukaan bukan perkara pokok.

Kenyataan Datuk Nik Aziz yang lebih rela menghadapi BN satu lawan satu dan tidak mengharapkan PKR suatu yang sudah diduga, apa tidaknya pada pilihanraya umum 2004 PKR bertanding 3 kerusi negeri dan 1 kerusi Parlimen di Kelantan tetapi tewas semuanya. DAP pula dilaporkan bersepakat dengan PKR di Pulau Pinang, parti pembangkang itu akan bertanding 19 kerusi di DUN dan 7 kerusi Parlimen.

Bagaimanapun DAP yang didakwa tidak mempunyai pakatan dengan PAS menyerahkan kepada PKR untuk berunding dengan PAS tentang pembahagian baki 21 kerusi negeri dan 6 kerusi Parlimen antara 2 parti tersebut. Kebanyakan pihak membayangkan pakatan pembangkan ini memerlukan masa sekurang-kurangnya beberapa pilihanraya lagi hanya untuk menyakinkan rakyat.

Bagi rakyat pula mereka keliru dengan pendirian parti pembangkang dan cara maki hamun yang digunakan bukan lagi relevan untuk memancing undi.



Komen Ketua Penerangan, Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan berkata:

“....sesama dia pun bergaduh, berbalah dan tidak sehaluan macamana Barisan Alternatif yang kononnya nak rampas negara kita ini hendak menawan hati rakyat, nak menyakinkan hati rakyat sebab tengok dia sendiri pun tidak sekepala......”

“....pilihanraya umum akan datang ini akan menentukan samada PKR akan terus ada lagi atau tidak dan rakyat akan menjadi hakimdi Kelantan ini bahawa PKR sudah tidak ada erti dan tak ada gunanya lagi sebab itulah Datuk Nik Aziz menyifatkan parti ini adalah parti pengacau, parti yang tidak ada nilai dari segi pandangan rakyat di negeri Kelantan ini......”
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment