Otaknya umpama kereta Ferari, namun pendidikan yang diterimanya diibaratkan kereta kancil. Gandingan yang tidak serasi itu menyebabkan adik Adi Putra terpaksa berhenti sekolah.
TV3 cuba membangkitkan ke manakah kebolehan kanak-kanak pintar itu hendak disalurkan. Tertera ialah soalan yang dikemukan oleh wartawan TV3 kepada adi Putra untuk dijawab. Wartawan turut cuba menjawab soalan yang sama tetapi terpaksa menggunakan kalkultor untuk menyelesaikannya namun jawapannya masih salah. Dan tanpa kalkulator Adi Putra berjaya menjawabnya dengan tepat. Tertera ialah jawapan yang diberikan adi Putra. (Angka 25,401,600).
Kebolehan Adi Putra bukan rahsia lagi, umum mengetahuinya beliau pintar matematik. Dalam usia 5 tahun beliau mampu menyelesaikan soalan matematik peringkat SPM. Kini beliau berusia 9 tahun dan mampu menyelasikan soalan matematik yang adakalanya tidak mampu diselesikan oleh pelajar universiti. Selain dalam usaha menghafal Al-Quran beliau juga giat menghafal 8 jenis bahasa termasuk Jerman, Jepun dan Perancis.
Komen Ibu: “cara akak didik anak-anak, waktu pagi akak akan bagi 10 soalan dan akak akan bagi duit syiling 20 sen sebanyak dua ringgit sebab budak kan suka duit syiling. Dan duit syiling ni untuk Adi dan ada 10 soalan kalau Adi betul mama akan tambah 20 sen lagi.”
Komen Bapa: “selain latihan perlu dorongan dari bapa dan ibubapa perlu masuk kea lam kanak-kanak itu ketika kecil lagi kea lam sebelum dia menempuh persekolahan.”
Namun baru-baru ini Adi Putra terpaksa berhenti Sekolah Islam Antarabangsa di Gombak. Lasannya kanak-kanak ini sudah tahu semua yang diajar di sekolah swasta itu.
Komen Adi Putra: “Otak Adi ni macam kereta Ferrari tetapi dibawanya macam kereta kancil. Bayangkan kereta Ferrari dibawanya perlahan macam kereta kancil. Jadi lama-lama rosaklah kereta Ferrari itu.”
Apa yang menyedihkan sejak itu tiada pihak yang tampil untuk menyelesaikan kebuntuan keluarga ini. Adakah kebijaksanaan Adi Putra menjadi bebanan pihak lain. Hidup yang dijalani oleh anak kecil ini sama seperti kanak-kanak lain.Kalau tidak bermain bolasepak selain memancing di depan computer inilah Adi Putra akan menghabiskan masanya.
Ketika wartawan mengunjunginya kebolehan daya ingatan Adi Putra turut diuji. Angka 30 digit ini mampu dihafalnya dalam masa kurang 3 minit. Ketika ramai yang percaya trillion atau infiniti adalah akhir segala nombor, Adi Putra tidak bersetuju. Angka googleplexs iaitu (10 kuasa seratus X kuasa 10) adalah yang terbesar.
Bayangkan ketika rakan-rakan di sekolah baru mengenal angka ratus atau ribu, Adi telah mengenal googleplexs. Perlu ada pihak yang harus memanfaatkan kebolehan Adi Putra. 200 formula matematik telah diciptanya. Tidak keterlaluan lebih mudah dari konsep yang diajar di sekolah. Kecuali sekelompok kecil guru yang datang kepada Adi untuk mempelajari formula itu, pihak lain nampak sunyi. Permata kalau dibiarkan berhabuk lama-lama akan menjadi kaca.
Komen Jiran: “kita akan rugi perkembangan Adi Putra akan terbantut dan bagi pihak masyarakat kita tak dapat apa-apa keistimewaan daripada dia. Saya harap pihak yang berkenaan dan Kementerian Pendidikan yang pasti memanfaatkan anugerah ini dan saya harap ia dapat digunakan oleh bangsa kita. Kita tak tahu selepas ini insane seperti Adi ini wujud atau tidak.”

0 Komen
Post a Comment