Ikan Air Tawar


Aku pun rasa dah boring kerja dengan politik nie. Sebab pembangkang yang ada atau lebih senang aku katakan, ketua pembangkang yang ada pada hari ni, kaki temberang, kaki belit dan kaki main belakang.

Walaupun pada mulanya aku susah nak percaya yang `si dia main belakang’.... tapi caranya untuk jadi PM dan `merampas’ kerajaan yang sedia ada memang main belakang. Best sangat ke main belakang nie.

Dahlah.... malas nak cakap pasal politik. Aku cuma nak dapatkan maklum balas dari kawan-kawan yang dah menceburi bidang perniagaan khususnya mereka-mereka yang menyertai projek ternakan ikan air tawar nie, .... boleh ke maintain bro?

Aku macam berminat untuk menyahut seruan kerajaan ...Pertanian itu Perniagaan. Aku rasa, perikanan juga perniagaankan.

Buat apa asyik menyalak.... kita perlu Melayu baru, kita mahu orang Melayu menceburi bidang perniagaan, tapi dalam masa yang sama... aku sendiri tidak mahu mencuba bidang perniagaan ini.

Aku nak cuba, tapi takde modal. Kat mana aku boleh dapatkan modal, kat mana plak aku nak pasarkan barangan aku? Itu semua persoalan yang pasti bermain dalam benak setiap orang yang mahu menceburi bidang perniagaan ni kan?

Oleh itu, aku mohon kawan-kawan, agar dapat memberikan tunjuk ajar kepada aku. Kerjasama dan bantuan kalian, amat saya hargai. Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalasnya. – sahabat*gunung
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. as salaamu alaikum,

    Kalau benar saudara mahu mencebur dalam bidang piara ikan ini, amat bagus dan saya sokong.

    Ada teman saya yang pernah mencuba dan pengakuan dari dia tidak susah kerana modal sebenar tidak sebanyak yang dijangkakan.

    Yang jadi masalah pada dia adalah ikan2 dia banyak kena curi kerana dia tidak hands-on. Itu nasihat dia, kalau nak success dalam bidang ini, tuan punya tak boleh buat niaga remote control, harus hands-on.

    Kalau boleh lulus syarat tu, saya rasa apa jenis berniaga pun kita boleh buat.

    Sebagai contoh, perniagaan saya sudah sembilan belas tahun berkembang. Bukan nak menunjuk mendabik dada, cuma memberi contoh teladan tentang keperluan hands-on didalam berniaga.

    Tapi maaf ya, bukan bisnis ikan. :)

Post a Comment