Sexuality Merdeka 2011 : Pas Halalkan Program Promosi Gay, Lesbian??

Hipokrit dan “double standard”… inilah amalan politik Pas yang bersembunyi di sebalik perkataan Islam pada parti tersebut.

Apa saja perkara baik kalau melibatkan Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO maka Pas akan mencari di lubuk mana pun dalil untuk menidakkan kebaikan itu.

Tapi di sebaliknya jika perkara jahat yang dilakukan oleh pemimpin mereka termasuk rakan pakatan mereka walau sejahat mana pun paling tidak Pas akan menutup sebelah mata.

Maka tidak hairanlah bekas AJK Dewan Ulama Pas, Datuk Ghazali Muhammad sekali lagi membidas tindakan hipokrit dan “double standard” dalam isu penganjuran Seksualiti Merdeka 2011.

Tegasnya oleh kerana program ini mendapat sokongan Majlis Peguam dan pertubuhan yang sebelum ini menyokong mereka termasuk Pengerusi Bersih,S. Ambigamaka Pas lebih selesa mengunci mulut mereka dari bersuara.

“Mereka sekarang sudah tidak mampu lagi memperjuangkan kebenaran kerana apa jua tindak tanduk mereka dikawal oleh rakan pakatan mereka iaitu DAP dan PKR. Pas kini lebih takutkan DAP dan PKR dari kemurkaan Allah swt.

“Pas tidak lagi bebas menyatakan pendirian mereka kerana mesti mendapat restu dari DAP dan PKR. Maklumlah…. bantahan berkenaan bukannya ada kepentingan politik pun kerana nawaitu Pas hari ini adalah untuk ke Putrajaya,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas sikap berdiam diri pemimpin Pas berhubung program Seksualiti Merdeka 2011 yang bermula hari ini hingga 13 November depan.

Program tersebut akan mempromosikan budaya Lesbian, Bisexual, Gay, Transgender dan Intersex.

Ustaz Ghazali seterusnya menegaskan sikap dan pendirian pemimpin Pas hari ini bukanlah seperti dulu lagi kerana mereka hari ini terikat antara satu sama lain di dalam pakatan pembangkang.

Tambahnya mereka hanya akan bersuara secara lantang dan vokal jika perkara itu memberi kelebihan kepada mereka dan ditambah lagi jika ianya ada kaitan dengan kerajaan atau pun UMNO.

“Percayalah jika program Seksualiti Merdeka 2011 yang bermula hari ini hingga 13 November depan ada kaitan dengan UMNO atau pun kerajaan, mungkin Pas akan bersuara lantang khususnya panglima-panglima mereka akan berarak dan mengadakan pelbagai bantahan.

“Apakah pemimpin Pas yang melaung-laungkan perjuangan Islam tidak tahu dan tidak sedar bahawa program sedemikian akan mengundang bala Allah s.w.t. Sepatutnya baju politik yang digunapakai itu ditanggalkan sementara waktu demi menegakkan kebenaran…Masyaallah,” katanya..

Seksualiti Merdeka 2011 yang mempromosikan program mereka melalui laman web www.seksualitimerdeka.org, kononnya bertujuan mempertahankan hak golongan tersebut agar diterima dalam kalangan masyarakat negara ini. UMNO-Online

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment